Tepat jam 10 pagi tadi. Member aku WhatsApp aku yang Pokemon Go dah boleh main kat Malaysia. Korang boleh bukan Google Play atau App Store untuk mula download Pokemon Go secara percuma!

Yes. Aku excited dan ternanti-nanti dengan Pokemon Go nih sebab dari kecik lagi aku minat game Pokemon nih. Sekarang untuk main Pokemon Go nih korang kena keluar rumah. Berjalan dan berbasikal untuk cari dan tangkap Pokemon dengan hanya melalui telefon pintar. Manakala kebanyakan monumen bersejarah pula dijadikan tempat perhentian Pokemon Go dikenali PokéStop.

Hmmm..rasanya dah boleh mula rajin berjalan dan berbasikal. Ya!

Ada Apa dengan PokéStop?

Bila dah habis Pokéball korang kena lah ziarah PokéStop kerana setiap PokéStop akan bagi korang barang seperti Pokéball dan telur Pokémon. Tapi boleh ambil 5 minit untuk satu kali.

Macam aku sebut kat atas tadi. PokéStop ni ada di kebanyakkan monumen bersejarah. Masjid pun jadi. Harap lepas ni kawasan masjid jadi makin meriah bila masuk waktu solat. 🙂

3 Pokemon Permulaan yang Tersedia

Seperti Pokemon generasi pertama yang terdahulu. 3 Pokemon permulaan seperti Bulbasaur, Charmander dan Squirtle. Sudah semestinya aku pilih Charmander. Evolve jadi Charizard nanti. 😀

Gym Buka Level 5

Yes. Gym akan dibuka bila korang cecah level 5. Dengan tangkap Pokemon jugak korang akan naik level. Hanya di Gym sahaja korang boleh battle dengan member.

Okay. Tu je kot untuk penerangan ringkas. Nanti pape aku update lagi.

Selamat menangkap!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *