Photoshoot Gundam HG RX-78-2 Ver.Gft Atas Motherboard Komputer

Memula saya nak jelaskan bahawa saya bukanlah seorang photographer yang profesional. Saya hanya minat photography dan mainan seperti gundam dimana saya anggap sebagai hobi tangkap gambar dengan kamera phone saya.

Saya tak rancang pun nak photoshoot atas motherboard nih. Lepas saya siap panel line dengan pasang sticker semua kat gundam ni terus saya cari tempat untuk bergambar. Kebetulan waktu tu saya ada simpan beberapa motherboard member dalam bilik. Inilah yang dinamakan sebagai rezeki. Kan.

Walaupun dekat dengan tingkap tapi tak banyak cahaya masuk sebab waktu tu dah lebih pukul 6 petang. Tapi bagi saya pencahayaan waktu tu sudah cukup ringkas dan memadai.

Sekarang saya masih berpuas hati dengan keseluruhan hasil aksi serta komposisi gundam dalam gambar yang saya tangkap dengan menggunakan kamera iPhone 6. Kepuasan yang berganda bila saya dapat persembahkan dengan baik gambar gundam binaan saya sendiri. Huhu

Akhir sekali, saya pilih 6 gambar gundam yang paling menarik saya untuk melakukan beberapa sentuhan terakhir dengan aplikasi VSCOcam dan Snapseed dalam phone saya. Hasil sentuhan terakhir dengan kedua aplikasi Snapseed dan VSCOcam ini bagi saya cukup memberansangkan.

Gambar terakhir ni saya tangkap dalam pukul 8 malam. Walaupun tak dapat cahaya matahari tapi cahaya lampu bilik saya waktu tu bagi saya sudah cukup menimbulkan detail decals atas model kit yang pertama saya bina nih.

Nantikan pos akan datang dengan gambar sebelum model kit ni lengkap dengan panel line serta decal. Perbandingan yang menarik! 😀

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *