Saya suka travel dengan santai serta luggage yang ringan sebab senang nak berjalan angkat dan tarik beg merata-rata. Tapi pada musim sejuk sekarang ni disarankan bawa baju lebih untuk pakai berlapis-lapis menahan kesejukkan. Lebih-lebih lagi sweater tebal. Memang berbezalah persediaan musim panas dengan musim sejuk nih.

Selalunya saye sumbat semua dalam satu beg galas je tapi disebabkan sweater tebal untuk musim sejuk sekarang ni terpaksalah aku prepare satu lagi beg beroda.

Beg ni takdelah lah besar sangat dan takdelah kecik sangat. Muat untuk standby baju lebih musim sejuk di Jepun selama 10 hari. Towel tak payah bawak sebab mana-mana tempat penginapan ada sediakan towel. Boleh jimat ruang beg kat situ.

Sweater kat luar beg tu tak jadi bawa sebab tebal sangat. Oleh kerana dobi senang dapat kat Jepun maka saya bawa pakaian untuk 3 hari bergilir-gilir.

Senarai Pakaian yang Saya Bawa:

  • 2 helai sweater (1 tebal dan 1 nipis)
  • 6 helai t-shirt
  • 3 helai singlet
  • 1 helai kemeja lengan panjang
  • 2 helai seluar panjang
  • 2 helai kain pelikat
  • 2 buah topi

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *