Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Entri kali ini dituju khas kepada semua kawan2 yang sudah berkahwin dan mahu adakan percutian honeymoon mereka yang santai dan romantik.

Sudah 3 kali saya bercuti di Bali dan saya ada kenal beberapa tempat yang menarik serta sesuai untuk korang yang sudah berumah-tangga yang ingin bercuti dengan rileks.

Untuk pengetahuan korang, Bali dikenali dengan beberapa gelaran terkenal seperti Pulau Cinta, Pulau Keamanan, Pulau Ketuhanan, Pulau Hindu atau Morning of The World. Sungguh unik gelaran Bali ini dan korang akan faham dengan sendiri kenapa Bali dapat gelaran macam tuh apabila korang merasa sendiri percutian di Bali nanti.

Walaupun lebih 80 peratus orang Bali beragama Hindu tapi tak susah bagi kita yang beragama Muslim untuk mendapatkan makanan halal disana. Dan saya cadangkan korang untuk mencuba masakan Padang yang dihidang dengan pelbagai jenis lauk. Harga pun jauh lebih murah berbanding menu di hotel.

Bagi saya, Bali ni adalah sebuah pulau yang kaya dengan kebudayaan serta kesenian. Kebanyakkan temple ada seni reka yang tersendiri. Persembahan tarian Kecak dan tarian Barong dan Kris adalah dua persembahan yang harus korang nikmati bersama pasangan korang. Serius best.

Romantic Sunset at Tanah Lot Temple

Nikmati suasana senja yang romantik di Tanah Lot Temple. Ramai pelancong datang sini untuk menyaksikan terbenamnya matahari sekitar desiran ombak pantai yang pecah diatas batu.

Banyak gambar menarik boleh ditangkap disini bersama pasangan anda untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Pasti bulan-madu di Bali menjadi kenangan yang terindah.

Berjalan bersama kekasih di Pantai Nusa Dua

Saya terpesona dengan keindahan panorama sepanjang pantai Nusa Dua. Memang santai habis. Takde nak kena bayar yuran ape2 sebab korang dah upah tour guide untuk berjalan. So korang boleh mintak driver korang bawak berjalan kemana saja. hehe

Gambar ni waktu saya bercuti dengan family dan kebetulan nenek saya berjalan dengan santai. So saya tangkaplah gambar ni dengan kamera iPhone 6.

Ni gambar parent saya tengah posing depan statue ape-benda-tah-saya-dah-lupa dan korang boleh bayang sendiri betapa uniknya percutian di Bali.

Menikmati Pemandangan Gunung Berapi Kintamani

Kali ni berjalan jauh sikit bersama pasangan korang masing2. Barulah feel adventure kan. Selit cabara sikit dalam percutian korang untuk kenang-kenangan. Tapi sangat berbaloi sebab boleh singgah ladang Kopi Luwak. Kopi yang terkenal dengan keunikkannya yang tersendiri.

Harap korang faham yang saya maksudkan adalah menikmati pemandangan Gunung Berapi Kintamani bukan mendaki gunung Kintamani tu okay. Hehe

Nah ni gambar saya berlatarbelakangkan gunung berapi Kintamani sambil menikmati makan tengahari sambil berposing dengan member. Beginilah suasana orang bujang. Buat korang yang dah kahwin tu nikmatilah masa bersama dengan sebaik-baiknya nanti.

Note: Korang akan mendapat info lebih lanjut dengan pemandu yang bawak korang berjalan kat sana. (anggaran untuk driver + innova/avanza dalam 500,000 atau 450, 000 rupiah untuk pergi ke mana saja untuk satu hari. Dari pagi hingga lewat petang). Berbaloi-baloi. Kalau separuh hari supir boleh bagi 350, 000 rupiah sahaja.

Komen kat bawah kalau korang nak share cadangan atau idea. Nantikan post pasal Bali yang lain okay.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

17 Comments

    1. maaf. kami belum dapat tour guide yang bagus untuk pilihan cik. kalau ada kami akan maklumkan kepada cik. apa email cik?

    1. banyak dan senang jumpa makanan halal di Bali. boleh tanya orang sekeliling untuk destinasi makanan halal yang sedap. kerana ada masjid pasti akan ada muslimnya kemudian sudah tentu ada kedai makanan halal seperti daerah lain dalam Indonesia. 🙂

        1. maaf. kami belum dapat supir atau tour guide untuk rekomen kepada cik. kalau ada kami akan maklumkan kepada cik. hotel bajet paling murah boleh dapat sekitar 150 ringgit kebawah. 🙂

          1. hai. maaf. kami belum dapat supir atau tour guide untuk rekomen kepada cik. kalau ada kami akan maklumkan kepada cik. 🙂

  1. Pendapat awk oku sesuai untuk pergi melawat ke mana? Sebab saya berwheelchair.. igt nk ajak suami honeymoon ke bali. Tp sy tak pernah ke bali.

    1. Saya pernah nampak orang bawa wheel chair tengok fire dance dan sunset kat uluwatu. Enjoy dan rilek kat pantai nusa dua pun boleh. nanti kalau dah langgan private driver (supir) + transport. boleh request dan senang nak pergi mana-mana termasuk lah nak pergi makan. Pak Supir knows best. Semoga trip awak berjalan lancar bersama suami tercinta. amin 🙂

  2. Sepanjang encik brjalan ke sana, encik gunakan pengangkutan apa? Klu ada supir boleh share contact no. dia?
    Ada senarai hotel yg encik boleh cadangkan yg dekat utk kluar ke tmpt melancong?

    1. sorry saya tak simpan no contact supir. 🙁

      saya cadangkan hotel kuta paradiso, hotel eden dan hotel best western. ketiga-tiga hotel tersebut saya pernah nginap. best. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *