Dalam pos sebelumnya aku dah bagitahu macam mana penulis blog menjana pendapatan dengan ruang iklan dalam blog. Kali nih aku nak kongsikan secara ringkas macam mana untuk mendapat tempat dalam hati pembaca supaya melawat blog anda untuk jangka masa yang panjang. ✍️✍️✍️

Biar Isi Melebihi Tajuk

Geram aku bila dah selalu terkena dengan ‘clickbait‘ dimana tajuk melebihi isi kandungan atau lari daripada tajuk. Tujuan ‘clickbait’ adalah untuk menarik perhatian orang dalam tempoh yang singkat. Nak viral cepat. Tetapi tarikan sebegitu menjadi sia-sia kerana boleh mengakibatkan tempoh melawat blog menjadi singkat dan bakal kehilangan pembaca yang berkualiti.

Bagi aku, pembaca yang berkualiti adalah pembaca yang sudi berkongsi maklumat, pendapat, teguran dan sebagainya. Aku percaya dengan kesabaran dalam memberi sesuatu yang baik akan dibalas dengan baik. Bersabarlah. 😉 😉 🙂

Tidak Melampau dengan Iklan

Aku sendiri tidak gemar dengan iklan pop-up yang mengganggu aku untuk membaca dalam blog atau website. Hilang mood nak bukak blog macam tuh. Iklan kaw-kaw habis. Bahaya. Aku paham boleh untung banyak dan cepat. Tapi aku rasa macam sesuatu yang tak kenalah macam tuh. Rasa macam menipu pulak. Boleh jadi cepat naik lepas tu cepat jatuh. Kan.

Sementara pengubahsuaian tema blog yang terbaru. Aku harap tapak periklanan dalam blog ini tidak melampau.???????????? Kalau ya, aku memohon sebarang teguran dan cadangan untuk tapak periklanan yang menarik dan tidak mengganggu untuk anda selalu singgah ke blog ini. ????????????

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *