Percutian kami selama 8 hari 7 malam hanya cover Pulau Jeju sahaja. Kami menikmati pemandangan secukupnya bersama keluarga dan tidak ke galeri atau muzium. Kami menyewa kereta dan memandu sendiri ke utara, timur, selatan dan barat Pulau Jeju.

The Picturesque of Jeju Island.

Tempat Menarik Pulau Jeju

Hallasan Mount

Gunung yang tertinggi di Korea.Terletak di tengah-tengah Pulau Jeju. Mt Hallasan adalah gunung berapi aktif yang disenaraikan sebagai UNESCO World Natural Heritage sites. Merupakan destinasi pertama kami kerana mahu melihat salji di penghujung musim sejuk dan seawal musim bunga.

Kami tidak hiking ke atas kerana tidak mempunyai kelengkapan lengkap. Ada beberapa trail untuk mendaki Gunung Hallasan, dan kami memilih Eorimok Trail kerana masih mempunyai salji di kaki gunung.

Ada cas bayaran parking 1800krw.

Mysterious road (Dokkaebi Road)

Di jalan ini, kelihatan objek bergerak mendaki ke atas dengan sendirinya. Kami mengulang jalan ini beberapa kali untuk melihat fenomena ajaib ini. Apabila enjin kereta dimatikan semasa menurun bukit, kereta kami bergerak mengundur ke belakang (ke atas bukit).

Free parking di sepanjang jalan. Terdapat beberapa kedai menjual buah oren untuk pelancong.

Woljeongri Beach

Di sepanjang pantai ini terdapat banyak Coffee Shop dan Instagrammable spot, juga berlatarbelakangkan wind turbine. Free parking sepanjang pantai.

Jeju Dongmun Traditional Market

Pasar traiditional masyarakat Jeju. Terdapat jualan seafood, sayur2 dan souvenir. Kami membeli chocolate 15boxes pada harga 10krw dan cenderamata seperti keychain dan fridge magnet. Ada cas parking.

Sinchang Windmill

Mata akan terpukau dengan pemandangan sepanjang jalan ke Sinchang Windmill. Terdapat jambatan panjang atas laut untuk ke lighthouse yang menjadi penggambaran drama “Warm and Cozy” episod 8.
Ada beberapa wind turbine di sini. Free entrance and parking.

Suwolbong Peak

Terletak si sebelah barat Jeju. Terdapat satu puncak kecil untuk melihat pemandangan.

Pemanduan jalan ke sini sangat menarik. Kami dapat singgah ke kebun-kebun sayur seperti brokoli, kobis, sawi dan melihat petani bekerja di ladang mereka. Mempunyai trail untuk berjalan kaki dan melihat keindahan laut terbentang. Free parking and entrance.

Innisfree Jeju House dan Osulloc Tea Museum

Jika hendak ke Innisfree Jeju House, kereta boleh di parkir di Osulloc Tea Museum. Masuk ke dalam bangunan Osulloc Tea terlebih dahulu dan boleh menapak ke bangunan Innisfree Jeju House pula.

Ada beberapa product yang hanya terdapat di Jeju sahaja. Boleh menikmati Brocoli soup dan minuman tropikal di sini. Di sini juga ada aktiviti stamping cop dan buat sabun sendiri.

Free parking.

Daepo Jusangjeollli Cliff

Di sini kita boleh melihat keindahan laut dan batu-batu hitam berbentuk petak bagaikan ukiran manusia, tetapi rupanya ianya hasil semulajadi terbentuk daripada hakisan laut. Angin sangat kuat dan mencengkam hingga ke tulang.

Pemandangan yang tak dapat dilupakan apabila berada di sini. Ada cas bayaran parking dan entrance ke cliff.

Yongmeori Coast dan Sanbangsan Mount

Kami tiba di Yeongmeori Coast semasa hari mendung dan didapati entrance ke Yeongmeori ditutup kerana cuaca tidak mengizinkan. Jadi kami mengambil kesempatan untuk melawati kapal peninggalan sejarah yang terdapat di Yeongmeori Coast.

Berlatarbelakangkan Mount Sanbangsan dan Canolla Flower serta beberapa ekor kuda di sini amat sesuai untuk merakamkan memori indah bersama keluarga. Di kiri kanan jalan ke sini terdapat banyak ladang oren kepunyaan hak persendirian. Yongmeori Coast entrance dikenakan bayaran.

Yellow Cafe, Play K-pop dan Ripleys Believe it or Not Museum

Semasa perjalanan pulang ke tempat penginapan kami singgah ke Yellow Cafe. Ianya terletak bersebelahan dgn Ripleys Believe it or Not Museum serta bertentang dengan Play K-pop.

Oleh kerana kami bukan penggemar K-pop, kami hanya melihat kawasan sahaja kerana terletak berhampiran di dalam satu kawasan. Penggemar Banana Uyu tentu teruja jika singgah di Yellow Cafe ini.

Udo Island

Pulau kecil ini terletak di sebelah timur Jeju, berhampiran dengan Seongsan Ichulbong dan Seopjikoji Lighthouse. Kami membawa kereta menaiki feri untuk ke Udo Island. Bayaran dikenakan ke atas kereta dan individu untuk masuk ke Udo Island.

Perjalanan menaiki feri memakan masa selama 15 minit. Kemudahan feri boleh didapati setiap 30 minit. Boleh naik ke Udo Peak melalui trail yang disediakan.

Boleh melihat keindahan Seongsan Ichulbong dari Udo Island. Kami gagal mendapat GPS navigation. Jadi kami berkereta mengelilingi pulau tersebut.

Jika tidak menggunakan kereta, ada bas, basikal dan skuter comel untuk di sewa. Jika menyewa skuter tersebut, perlu mempunyai Driving International Permit. Agak mustahil untuk menaiki basikal mengelilingi pulau kerana letihnya akan bercerau.

Perlu mengisi nama di dalam borang untuk ke Udo Island.

Sangumburi Crater

Walking trail yang dipenuhi dengan lalang. Tiada aktiviti di sini. Hanya melihat pemandangan dan relaks santai bersama keluarga. Jika mempunyai duit syiling 500krw, boleh digunakan untuk melihat pemandangan menggunakan telescope.

Dikenakan bayaran entrance ke atas individu.

Jeju Swiss Village

Agak sukar sedikit untuk mencari tempat ini. Tetapi apabila sampai,ianya sungguh menarik dengan bangunan berwarna merah serta pelbagai kedai kopi yang comel dan menarik untuk dimuatkan di Instagram.

Gasiri Windmill Power Plant, jalan Noksan-ro.

Terima kasih kepada rakan BBM yang sudi berkongsi tempat ini. Disarankan ke tempat ini semasa musim bunga di mana bunga Canolla dan sakura di kiri kanan sepanjang jalan Noksan-ro. Selepas beredar dari jalan Noksan-ro kami menghala ke Jeju Folk Village tetapi terlambat kerana hampir tutup.

Seongsan Ichulbong

Merupakan Tapak Warisan UNESCo, ianya sangat menakjubkan kerana terhasil dari bawah laut daripada letusan gunung berapi.

Trail disediakan untuk naik ke puncak setinggi 180meter. Apabila sampai di atas, kita boleh melihat kawah gunung berapi berdiameter 600m. Terdapat galeri jika mahu mendapatkan info tentang Seongsan Ichulbong.

Berdekatan dengan Seopjikoji Lighthouse dan boleh singgah untuk bergambar di Canola Flower di kiri kanan jalan. 2000krw per adults.

Seopjikoji Lighthouse

Juga aktiviti berjalan ke sepanjang trail untuk ke lighthouse. Pada musim bunga, ianya sungguh indah kerana penuh dengan bunga canola. Ada cas parking.

Disarankan susun itinerary mengikut arah dan semak cuaca dengan kerap untuk rancang perjalanan kerana jika hari hujan, kita tidak dapat berjalan di walking trail untuk menikmati pemandangan tempat tersebut dengan selesa.

Jeju mempunyai banyak kedai kopi dan pokok buah oren di merata – rata. Kemudahan tandas di Jeju sangat memuaskan. Penduduknya sangat ramah walaupun terdapat perbezaan bahasa. Bawa bekalan makanan secukupnya. Tidak perlu declare.

Boleh follow instagram Nur Diyana @stanzabliss untuk lebih gambar dan video di Jeju.

Jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan di komen atau pm sy di facebook atau instagram.

Selamat BerJeju kawan-kawan!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

12 Comments

  1. Saya tiga sekeluarga akan ke Jeju tengah oct ni selama seminggu dan saya ingin ikut itinary yg sama sebb nampak sgt menarik.boleh share syarikat kereta sewa dan juga hotel/penginapan sepanjg perjlnn.terima kasih ye shate pengalaman.

    1. Salam puan. Ini adalah sebuah penulisan dari Nur Diyana boleh tanya Nur Diyana dalam instagram dia ini @stanzabliss . terima kasih 🙂

    1. Kan. banyak tempat cantik kat sana. aman damai rasanya. saya gembira berkongsi entry ini. 🙂

  2. boleh cadangkan tempat penginapan yg sesuai.. lebih baik tinggal di utara atau timur jeju? mana yg lebih behampiran dgn tempat wajib lawat di jeju. tq. azizah

    1. hai maaf lambat. sibuk sangat banyak kerja 2-3 hari lepas :'(

      jeju ni 3 kali lebih besar dari singapore. stay dekat bandar jeju pun dah okay. tempat wajib lawat paling jauh pun pergi Sunrise Peak atau Seongsan Ilchulbong yang mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit paling timur Jeju. tempat lain semua average dalam 30 minit perjalanan dari bandar jeju.

      selamat berjeju. 🙂

    1. Salam cik. Ini adalah sebuah penulisan dari Nur Diyana boleh tanya Nur Diyana dalam instagram dia ini @stanzabliss . terima kasih 🙂

  3. Insyallah in the near future, nak ke Jeju Island plak. Rasa tak cukup laa ke Korea tanpa ke Jeju. Dulu ke Myeondong dan Gongju just tinjau2 kosmetik/skincare terbaik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *