Pengalaman 5 hari 4 malam travel di Kota Istimewa Yogyakarta atau Jogjakarta ini bermula pada 26 mac 2018 hingga 30 mac 2018.

Kos secara menyeluruh adalah RM 600 untuk hotel, entrance fees, makan dan pengangkutan. Tapi shopping tak termasuk ye, nanti pengsan plak tengok harga shopping iolss 😛

Tiket return dalam RM 268 (harga promosi Air Asia) dan dibeli seawal 5 bulan sebelum trip ini berlangsung. Kena rajin check harga sebab kalau malas tak dapat den nak nolong.

Plan asal sebenarnya 4 hari je. Last minute flight kami delay dan kami pun buat keputusan untuk tukar tarikh awal sehari dari tarikh yang sepatutnya.

Terima kasih Air Asia. Walaupun pada awalnya kami semua dah sumpah seranah sebab delay. Kemudian dengan senang hatinya kami dapat berjimba di Jogja selama 5 hari 4 malam. 😛

Penginapan

Hotel Malioboro Garden. Kami minta tolong pak supir untuk booking hotel. Hotel RM 68 per night (tak termasuk breakfast), kami tak ambil sarapan pagi sebab trip kami bermula seawal 4 pagi dan bilik hotel selesa lah dan bersesuaian dengan harga yang diberikan. 🙂

Transport

FB @ Mas Agus ( +62819627065 ). Kat FB memang ramai yang review pasal supir, hanya tinggal pilih supir mana yang uolss nak sebab pilihan ditangan masing-masing.

Kalau tanya kami, very recommended mas Agus sebab dia memang superbbbb! dan kelakar. Penat nak layan. haha

p/s : jangan lupa sebut nama “bidadari cantik” untuk dapatkan harga special. 😛

Tips untuk sesiapa yang nak ke jogja, pergi lah beramai-ramai dimana korang boleh jimatkan lagi kos kat sana. Kami pergi berlima, walau tak pernah kenal langsung, bersua muka di IG je selama ni, jumpa pun masa hari nak berangkat.

 

Alhamdulillah semua sejenis manusia yang baru lepas keluar dari hospital tanjung rambutan hahaha maka sempurnalah trip kami #bidadaricantik ke Kota Istimewa Jogjakarta. <3


Itinerary 5 Hari 4 Malam

Hari Pertama

  • Tiba di Adisutjipto Airport
  • Beli simcard 85k (11gb)
  • Dinner warong Sambal Special (SS)
  • Alun-alun Kidul 50k
  • Check-in Malioboro Hotel

Hari Kedua

  • Sarapan soto
  • Jurang Tembelan 2k
  • Rumah Hobbit 2.5k
  • Hutan Pinus 2.5k
  • Pintoe Langit 2.5k
  • Lunch at Pantai Depok
  • Gumuk Pasir
  • Sandboarding 100k
  • Pantai Parangtritis
  • Tugu Chocolate
  • Dinner nasi uduk McD
  • Malioboro Street

Hari Ketiga

  • Merapi Lava Tour (450k per jeep)
  • Pantai Timang (350k per jeep. 200k naik gondola)
  • Makan tengahari set lobster (950k per set)
  • Pinus Pengger (2k)

Hari Keempat

  • Gereja Ayam (30k, 14k/pax jeep return)
  • Candi Borobudur (270k)
  • Pule Payung (25k)
  • Kilang Bakpia
  • Beli lace

Hari Kelima

  • Taman Sari (15k)
  • Nasi Ayam Penyet Surabaya
  • Pasar Prambanan
  • Balik Malaysia

Sebelum nak melancong, adakan senarai tempat yang kita nak pergi pastu bagi pada supir supaya memudahkan perjalanan kita dalam satu jalan sahaja.

Makanan di Jogja murah-murah dan sedap! Kalau tiba di Jogja jangan lupa makan di Warong Sambal Special (SS) dan Nasi Ayam Penyet Surabaya. Highly recommended!

Kalau korang pergi gereja ayam, boleh naik jeep kalau tak larat untuk jalan kaki dlm 500 meter. Hanya 14k/pax return untuk harga jeep.

Tiket masuk Candi Borobudur kami dapat 270k promosi 20% untuk yang datang dalam weekday dalam bulan mac sahaja. Bagi pelajar jangan lupa bawa kad pelajar dan dapatkan harga student ya! 🙂

Sebenarnya banyak tempat best kami skip sebab kesihatan yang tidak mengizinkan, moment paling takleh nak lupa ialah muntah di pasar Prambanan. fuhh sikit je lagi nak kena atas kepala orang  sakit-sakit pun masih gigih shopping sampai tak ingat dunia 😛

iols tukar duit 4juta rupiah bersamaan 1156 ringgit malaysia, lepas lah beli rumah dan kereta sebiji kat sana senang nak balik kampung. haha tak tak yang ni iols gurau je. Korang kena selalu periksa kadar mata wang, kena tang murah terus tukar je. Overall cost RM 600 seorang je, selebihnya habis kat shopping. 😀

 

Pengalaman dan foto oleh Nur Shafiqa. Foto lain-lain boleh tengok di IG @nrshfqabdllah atau follow di facebook Nur Shafiqa ini.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

8 Comments

  1. I akan dtg sana 5 hari 4 malam, i nak pergi prambanan, borobudur, pantai timang, gua dan lain kalo u recomend. flight saya 1st Nov 2018 pukul 8.30 dari Malaysia. I duduk hotel garden kat Malioboro. Tolong bagi tahu saya kalo encik boleh set tour utk sy. Saya seorang aje

    1. hai. maaf lambat reply. boleh tahu bajet tak? kerana biasanya mahal kalau travel seorang. lebih-lebih lagi nak hire tour guide dan transport.

    1. anggaran kasar belanja situ lebih kurang rm600. tidak termasuk tiket flight.

  2. Salam, biasa kalau nk booking supir seelok2 nya berapa lama dari tarikh nk berangkat?
    Saya nk pergi lambat lg dlm bulan julai, baru nk survey2 je dulu.
    Tq.

    1. salam, lebih baik 1 bulan sebelum berangkat. atau 3 minggu sebelum berangkat. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *