Assalamualaikum.. Ni adalah itinerary ke singapore untuk 2 hari 1 malam. Saya pergi berdua je dengan member. Pada mulanya saya nak pm je korang, tapi ramai pulak yang nak, jadi saya kongsi disini je ok.

Hari Pertama di Singapore

Kami ambil bas dari TBSLarkin pukul 12.00 tengah malam. Sampai Larkin dalam pukul 4.30 pagi. Kami tidur dalam bas je. Bas ke singapore mula operasi pada pukul 5.30 pagi macam tu. Jadi kami lepak dan makan dahulu.

Untuk ke Queenstreet Terminal Singapore, kami naik Bus 170. Ada je pilihan lain selain Bus 170. Korang boleh naik Bas CW2, Causeway dan SJE bus.

Pertama, bas ini akan berhenti untuk imigresen Malaysia. Kita kena turun dan jangan tinggalkan barang dalam bas sebab kita akan naik Bus 170 yang lain. Tiket jangan buang ok. Kalau tak kena beli tiket baru.

Settle kat immigration Malaysia. Naik bas untuk ke imigresen belah Singapore pula. Beratur je dah nak sejam lebih.

Serentak dengan orang nak pergi kerja kan. Kat sini la korang kena isi kad putih. Kad pengenalan tak perlu tunjuk ok. IC kita tak laku dah. Lagi satu, bawak pen sendiri. Kalau tak mereput la nak pinjam pen orang.

Selepas selesai di imigresen Singapore. Beratur lagi naik bas ke Queenstreet Terminal. Perjalanan ke sana mengambil masa dalam 50 minit. Kami turun kat Queenstreet sebab hotel kami berhampiran disitu.

Tiba di Queenstreet kami terus cari hotel dahulu. Kami sewa Hotel Nuve satu malam sahaja. Dari Queenstreet Terminal jalan kaki je dalam 5 minit dah sampai hotel. Hotel ni betul-betul dekat dengan Masjid Sultan, Haji Lane, Kampung Glam.

Pengalaman dan bajet di Singapore 2 hari 1 malam ni best sebab dekat dengan MRT Bugis. Saya rekomen sangat hotel ini. Servis bagus. Check in pukul 2 tapi kami sampai awal dan pihak hotel benarkan kami tumpang beg. Takdelah nak berjalan dengan beg berat-berat tu kan.

Sementara tunggu masa check in, kami jalan-jalan area Haji Lane, Arab Street, Kampung Glam lepas tu kami pergi makan tengahari. Lupa nama kedainya. Tapi makanan dia sedap sangat.

Kami dapat check-in awal sebelum pukul 2, jadi dapatlah rehat-rehatkan badan sebelum berjalan ke Marina Bay pulak. Dari Hotel Nuve ni, jalan kaki dalam 5 minit sahaja untuk ke MRT Bugis. Naik MRT Bugis dan turun di Station Raffles Place. Kat sini la korang boleh jalan-jalan ke Merlion Park. Ke Esplanade dan ke Garden by The Bay. Berani explore je ok.. Jangan risau banyak tanda arah.

Dah nak maghrib macam tu baru kami ke Garden by The Bay. Cantik ada lampu-lampu. Wajib pergi sana.

Balik ke MRT Bugis kami sempat singgah Bugis Street. Nak tengok souvenir apa yang boleh dibeli. Jalan kaki 2 minit je dari MRT Bugis dah smpai. Tapi tak beli apa-apa pun sebab harga souvenir kat Kampung Glam lagi murah.

Balik hotel kami makan roti dan kurma ayam Adabi. Sebab penat sangat berjalan nak makan pun tak lalu. Kalau korang nak jenis yang suka cuba makanan kat tmpat orang. Jangan risau. Area hotel ni memang banyak kedai makan. Restoran Murtabak Zamzam tu pun ada.

Hari Kedua di Singapore

Kami keluar hotel dalam pukul 10 pagi. Singgah Kampung Glam dulu nak beli souvenir.

Hari kedua ni kami nak ke USS. Dari MRT Bugis nak ke Harbour Front *transit* dekat Outram Park lepas tu ambil monorail Sentosa Express
(MRT Bugis – *Outram Park* – Harbour Front – Sentosa Express). Untuk naik Sentosa Espress kena beli tiket lain. Tiket tu sekali beli saja korang boleh pusing satu pulau Sentosa.

Kami di USS sampai pukul 4.30 petang je lepas tu dah nak siap-siap untuk balik Malaysia. Nasihat saya keluar la awal dari Singapore. Kalau tak terlepas bas macam kami. Keluar la 3/4 jam awal. Kalau pergi 3 hari 2 malam baru puas jalan jalan. Tak tergesa-gesa macam kami. Boleh stay smpai malam kat USS. Disebabkan ramai gila orang kat USS nak main permainan tu kena beratur dekat 1 jam untuk game yang hanya 1 minit. huhu je

Jumlah bajet untuk seorang:

Tempah online:

  • Hotel (Hotel Nuve Singapore) = RM148
  • Bas = RM80
  • Tiket USS (ig: @uss_tiket) = RM195
  • Tiket Garden by The Bay = RM70

Malaysia:

  • Bas Larkin ke Queenstreet (Bus170) = RM2.50
  • Sarapan = RM5
  • 290 myr = $93 sgd

Singapore:

  • Tiket MRT = $10.4
  • Sentosa Express = $4
  • Makan minum = $20
  • Souvenir = $20 (4 helai baju, 6 keychain, 4bag I Love Singapore)
  • Tiket bas Singapore – Larkin = $3.3

Ada baki lagi $35.3

Total semua belum tolak baki SGD = RM791

Beginilah sedikit sebanyak pengalaman dan bajet ke Singapore 2 hari 1 malam kami. Sesiapa yang nak tanya atau bagi cadangan boleh comment dibawah. 🙂

Kredit: Facebook Nur Liyana

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

4 Comments

  1. salam
    boleh saya tahu naik bus ape dari singapore ke johor ye?
    naik bus dari uss ke atau dari queenstreet?

    terima kasih

    1. salam hai,

      boleh naik bas Causeway Link, SBS Transit, Singapore – Johore Express. naik dari queenstreet.

      sama-sama. maaf lambat. 🙁

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *