Dari serambi mekah (Malaysia) ke serambi mekah (Indonesia).
Alhamdulillah dapat berkunjung ke Aceh dan mengenali orang-orangnya.
Tiket penerbangan;
- KB-KL 2 hala RM50
- KL-Aceh 2 hala RM150
Penginapan;
- Siwah hotel 3H2M RM137.53 untuk 2 orang.
- Booked melalui agoda.
Jarak dari bandara ke pusat banda Aceh sekitar 30 minit naik kenderaan.
Rumoh Cut Nya Dhien. Di sini menceritakan kisah pahlawan srikandi Aceh, Cut Nya Dhien yang menentang penjajahan belanda pada masa dahulu. Rumoh ini dibakar oleh belanda kemudian dibina semula. Struktur asal yang tinggal hanyalah perigi.
Tempat dilawati:
- Masjid Agung Baiturrahman
- Masjid Rahmatullah Lampuuk
- Masjid Baiturrahim
- Kuburan Massal
- Muzium Tsunami Aceh
- Rumoh Aceh
- Rumoh Cut Nya Dhien
- PLTD Apung
- Kapal Atas Rumah
Kapal atas rumah. Disini 59 orang berlindung dalam kapal ini semasa tsunami terjadi.
Masjid Rahmatullah di Lampuuk. Pembinaan semula kampung Lampuuk dibiayai oleh kerajaan Turki, jadi kebanyakkan rumah di sini terdapat emblem negara Turki.
Muzium disini masuk percuma.
Masjid Agung Baiturrahman yang terletak di pusat banda aceh. Merupakan masjid kebanggaan warga aceh. Masjid ini terkena tsunami tapi masih gah berdiri saat tsunami melanda.
PLTD Apung. Merupakan kapal 2600tan offshore diesel powered electric generator yang ditolak tsunami sehingga 5 KM ke daratan. Terletak di Kampung Punge Blang Cut.
Gunongan, adalah tempat yang dibina sebagai taman untuk puteri Pahang.
Rumoh aceh.
Masjid Baiturrahim juga terkena tempias tsunami. Terletak dekat kawasan pantai Ulee Lheu, masjid ini dibina pada tahun 1924 oleh Teungku Teungoh.
Terima bang Husaini Sain untuk perkhidmatan sepanjang di banda aceh. Boleh hubungi beliau untuk apa2 pakej.
Jumlah Bajet;
RM850 = IDR 2,805,000 – 1,875,000 = IDR 930,000 (Baki RM270)
#indonesiatravel #indonesiatourism #visitaceh #thelightofaceh
Sekian dan terima kasih kerana membaca pengalaman Lutfi di banda Aceh.
Follow bro Lutfi di Facebook untuk trip yang lain.