Selama 9 hari di bumi Thailand, kami bermula dari Penang – Bangkok – Aranyapratet – Khao Yai – Bangkok – Penang. Tapi post ini saya nak cerita dari Aran ke Khao Yai sahaja.

Untuk ke Khao Yai jika dari Aranyapratet, makan masa 3 jam setengah dengan memandu kereta dan untuk balik ke Bangkok, makan masa 2 jam memandu.

Khao Yai adalah satu tempat yang sejuk dan berangin. Di sini juga ada wind turbine jika dari Pak Chong untuk ke Baan Suan Noi (Hobbit House). Ada tasik dan taman di sebelah kiri.

Dari Aranyapratet ke Khao Yai, kami berpeluang untuk singgah ke ‘The Verona in Tubland’. Tempat ni sangat cantik untuk bergambar. Perjalanan diteruskan dan kami dapat singgah di Flora Park, tapi tak masuk sebab dah tutup. Rupanya pukul 6 pun dah gelap.

Jalan raya di sini sangat selesa dan selamat. Tandas banyak didapati di stesen minyak. Pemanduan dihidangkan beberapa pemandangan yang menarik. Ada tasik, ladang2, ada banyak bunga-bunga ditanam di halaman rumah penduduk di sini.

Di daerah Prachinburi, jalan raya agak mendaki dan bengkang bengkok. Seperti naik ke kawasan tanah tinggi Cameron Highland.

Kami check in di The Goodville Cottage, Pak Chong. Jika menginap di Khao Yai, ianya berdekatan dengan attraction place tapi jauh sedikit dari pekan kecil.

Jika menginap di Pak Chong pula, ianya berdekatan dengan pekan kecil dan kedai-kedai tapi jauh sedikit dengan attraction place. Tapi tak lah jauh mana. Makan masa dalam 10minit jer ke Khao Yai.

The Magical of Khao Yai

Ada banyak sangat tempat menarik di Khao Yai.

Ini antara tempat yang kami sempat singgah bersama anak kecil kami.

  1. Sunflower Farm
  2. Panther Creek
  3. Primo Piazza
  4. Palio Khao Yai
  5. Baan Suan Noi
  6. Midwinter Green
  7. Thames Valley
  8. The Chocolate Factory
  9. Farm Chok Chai

Banyak lagi tempat yang menarik ada di Khao Yai. Seperti Toscana Valley dan My Ozone. Ada tempat yang kami just touch-and-go agak macam tak menarik jer kami beredar awal.

Disarankan datang ke Khao Yai pada bulan November hingga Januari untuk melihat bunga matahari mekar semekar mekarnya. Jim Thompson pula hanya dibuka pada tarikh tertentu dan boleh check dekat website.

Ada 3 tempat makanan halal yang boleh didapati antaranya Salasa Hill (berdekatan dengan tempat menarik seperti Chocolate Factory, Palio Khao Yai). Kalau nak berjalan. Tempat-tempat ni dekat dan senang. Dekat dengan kedai makan dan ada surau di Salasa Hill ni.

Di Pak Chong pula ada Halal Friendly Mart. Boleh beli roti, makanan frozen dan minuman. Di hadapannya juga ada gerai halal. Lagi satu kedai makan halal bertentangan dengan Farm Chok Chai. Kedai ni kami tak pergi tapi dapat maklumat dari group BBM.

Kami banyak ingkar pada itinerary kerana mengikut mood anak dan mengikut tahap keupayaan kami juga. Kami lebih kepada nak shopping di Aran dan nak lihat bunga matahari jer sebenarnya.

Di Bangkok pula, kami layan Chatuchak market dan beberapa pasar malam seperti JJ Green Vintage dan Rot Fai Train Market.

Khao Yai, sebuah tempat yg menarik, penuh dengan gaya inggeris dan Italian street. Very instagrammable. Amat sesuai untuk bawa anak kecil. Cuaca sangat nyaman dan sejuk. Kami pulang semula ke Penang menaiki train dari Station Hua Lamphong dan turun di Padang Besar.

Detail ada pada gambar. Jika ada apa-apa pertanyaan seperti tangkap gambar guna kamera apa atau yang berkaitan dengan trip 9 hari ini boleh DM di Instagram Nur Diyana atau tinggalkan komen dibawah.

Moga dapat menjadi rujukan dan panduan kepada rakan-rakan lain.
Boleh follow IG Nur Diyana di @stanzabliss untuk lain-lain gambar dan video yang menarik. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *