Pedih dan Kering Mata Hadap Skrin Laptop

Serious tak selesa nak buat kerja. Nak tidur pun pedih. Jenguk cermin jap nak tengok mata aku. Ish. Ada urat merah. Serius pedih. Bila teringat pasal eye drops tu cepat-cepat aku bersiap. Aku tekad.

Aku nak ke 7-Eleven dan nak beli eye drops tu!

Tak sampai 3 minit aku dah sampai 7E. Dekat je. Benda eye drops tu selalunya ada kat rak ubat gigi, minyak angin, lotion dan sebagainya. Cari punya cari. Ah sudah. Tak jumpa.

Aku usha lagi lah rak tu buat kali ke dua dan aku perasan, takde pulak orang 7E nak tanya aku tengah cari apa..ah biarlah aku cari sendiri sampai dapat.

Jumpa!

Eh tinggal sekotak je?! Ish.

Memang aku tak familiar dengan kotak eye drops nih. Sampai dua kali usha baru jumpa atau mungkin sebab jam pukul 1 pagi lebih? Tambah 2 botol air teh hijau jenama Pokka. Satu lagi untuk adik aku yang masih berjaga.

Ni lah eye drops tu;

Eye Drops
Eye Drops

Aku duduk depan laptop lagi. Kali ni bersama eye drops. Dua titik untuk setiap mata aku. Pejam celik pejam celik aku tahan pedih. Tapi 2-3 saat lepas tu mata aku rasa sangat lega.

Kadang-kadang kalau mata tu rasa macam berat je nak ngadap kerja. Korang titik je eye drops tu dalam mata korang.

Aku tutup laptop dua jam kemudian. Ngantuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *