Merantau ke Bangkok Thailand, CentralWorld serta Pasar Terapung

Merantau bukan lah satu idea yang buruk, lebih-lebih lagi tempat yang korang tak pernah biasa atau tempat yang baru. Totally baru dan jadikan ia sesuatu yang menyeronokkan, mendebarkan dan sangat teruja dimana korang tak sanggup untuk rasa bosan dalam hidup korang lagi.

Okay ini beberapa fakta. Bangkok merupakan ibu kota Thailand dan mempunyai pelbagai nama kawasan yang mungkin korang akan lupa. Nama dah ibu kota kan, so cara nak berjalan dengan senang ialah dengan menggunakan public transport yang disediakan seperti bas dan train. Kira bajet dan berbaloi lah kalau nak berjalan-jalan dengan santai serta jimat.

Macam aku cakap tadi, bangkok ada banyak nama kawasan yang aku sendiri pun tak berapa nak ingat. Mujur aku ada tangkap gambar untuk share dengan korang. Post kali nih nak share lebih lagi pasal shopping complex dan pasar terapung.

CentralWorld Bangkok Shopping Complex Terbesar di dunia

Ranking yang ke 6 di dunia adalah sesuatu yang menakjubkan. Besar sangat sampai aku tak sempat nak jajah setiap genap kedai yang ada. Agak sesuai untuk korang yang nak cari pakaian yang berkualiti.

Kebetulan ada expo mainan maka dengan itu aku menghabiskan masa aku dengan menatap serta menangkap segala macam jenis rekaan mainan yang marvelous.

Nah beberapa gambar expo mainan itu (lagi gambar akan datang dalam post seterusnya)

So, masukkan CentralWorld Bangkok nih dalam list tempat yang patut korang lawat.

Damnoen Saduak Floating Market

Pasar terapung nih adalah antara tempat yang patut korang lawat sebab kat Malaysia takde. So korang akan kenal macam mana pasar terapung nih beroperasi dan kenapa ia popular di Thailand.

Sebenarnya ada 5 floating market dalam Bangkok. Damnoen Saduak nih adalah yang paling ramai orang kunjung sebab ia adalah pasar terapung yang terbesar dan paling meriah dengan pelancong. Maka dengan itu standard pasar terapung ini pun menaik.

Punyalah besar dan luas kawasan Damnoen Saduak nih. Siap ada perkampungan gajah serta ladang gula kelapa. So tempat ni sangat berbaloi untuk korang lawat walaupun jauhnya 100 kilo daripada Bangkok.

Okay itu saja guys. Aku akan update lagi dengan post yang lebih terperinci serta gambar menarik untuk korang. Kop khun kap – terima kasih

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *