Sumpah Air Asia tak bayar aku untuk sebarkan benda nih. Tapi sekarang Air Asia ada buat promosi untuk melancong dengan murah. Sapa tak suka murah memang dia anak perdana menteri atau memang eksyen nak yang mahal. Aku kira tak ramai boleh jadi perdana menteri. Jadi aku kira ramai lah suka promosi murah-murah nih.

Kat sini aku senaraikan lah sikit info flight dalam range 10 ringgit hingga 150 ringgit yang aku minat.

Dalam negara – KL ke Langkawi sepuloh ringgit. Penang ke Johor sepuloh ringgit. Terengganu ke Alor Setar sepuloh ringgit.

Luar negara – KL ke Jakarta 37 ringgit, KL ke Ho Chin Minh 37 ringgit. KL ke Manila 38 ringgit. Jauh sikit. KL ke Perth 129 ringgit. KL ke Bangkok 70 ringgit.

Tempah tiket kat website Air Asia atau direct kaunter yang berdekatan. Jangan tempah dengan aku. Heh.

Syarat dia tak perlu Like facebook page Air Asia atau Share diorang punya poster. Korang cuma rancang untuk melancong dalam tahun depan. Bermula dalam pertengahan bulan februari hingga hujung bulan ogos.

28 jun nih tarikh tamat untuk tempah tiket. Oh. Banyak masa lagi. 6 hari lagi. Cheh.

 

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *