Lukisan Potret Minggu Lepas serta Beberapa Perkara yang Lainnya

Minggu lepas aku ada waktu free so aku buat keputusan untuk lukis potret kawan-kawan punya profile picture dalam facebook untuk aku punya practice sebab rasa tak power lagi dan banyak lagi aku nak belajar. Lebih-lebih bab melukis perempuan cantik. Hewhewhew

adham

Walaupun sekarang takde waktu free macam dulu tapi aku tetap akan cari masa untuk melukis. So aku minta maaf kalau aku tolak awal-awal tempahan lukisan cantik yang berbayar kalau nak cepat dalam masa satu hari.

clah

Lukisan cantik serta detail selalunya akan makan masa bagi aku nih yang bukan pelukis sepenuh masa yang profesional. Lebih baik tempah kat pelukis sepenuh masa.

Aku boleh terima tempahan kalau korang tak kisah dengan semua tu. Dengan masa yang limited sekarang mungkin dalam sebulan tu aku boleh bukak untuk 2 slot lukisan yang berbayar.

Nanti aku kompemkan balik kat korang macam mana.

elfira-loy

iz

Satu lagi pasal kebebasan aku melukis kepada kawan-kawan yang minta free tu. Harap korang paham lah kebebasan aku nih. Aku minta maaf banyak-banyak. Aku tak melukis secara full-time. Aku bebas lukis bila-bila masa, aku tak fix untuk ikut giliran sape-sape, warna atau tidak terpulang atas masa aku yang ada. Okay kawan-kawan. 🙂

jiji

sara syafira

sara

syaril

zul

Apa-apa pun aku suka korang hantar gambar kat aku untuk aku lukis. Terima kasih bebanyak. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *