29 September, seperti biasa. Bangun pagi seawal 5 pagi waktu Laos. Sarapan.
Hari ini ke pekan Kasy bersama Aisyah lagi. Terus tuju kedai cat. Besar dan berat satu bekas cat tuh. Susah nak bawa. Jadi kami terus balik hantar Aisyah. Kemudian saya ‘ride’ motor lagi. Cari ‘line’ di kampung lain. Teruja dapat simkad internet 4G.
Ah. Oleh kerana kampung lain tak dapat ‘line’ 4G. Saya terus ke pekan Kasy tanpa beritahu Aisyah (disini satu kesilapan saya).
Fuh. Puas hati dapat dapat simpan 2 lagi ‘movie’ Tom Hanks. Tak cukup dengan 1.5GB bernilai 10,000 kip Lao. Saya tambah lagi kuota 2 kali ganda iaitu 3GB untuk 20,000 kip Lao. Dapatlah saya simpan lagi ‘movie’ Leonardo DiCaprio. Habis secawan kopi.
Lalu Aisyah menghubungi saya. Dia mulai risau. (kesilapan kedua saya kerana tidak maklumkan ketibaan saya di pekan Kasy) Adeh.
Kebetulan saya tak bawa powerbank dan bateri telefon saya lemah. Saya bergegas pulang.
Namun ‘otw’ nak balik tu tiba-tiba tayar depan motor pula pecah. Saya terpaksa patah balik ke Kasy dan betulkan. Disini saya dikenakan 30,000 kip Lao. Lebih kurang 15 ringgit Malaysia.
Tiba saja saya di rumah kelihatan Aisyah seorang. Ibubapanya masih belum pulang dari kerja.
Melihat saya, Aisyah marah sebab pergi Kasy tak bagitahu, dia kesian tengok luka saya, dia geram saya tak boleh duduk diam tanpa internet, dia sedih tak tahu nak buat macam mana dengan saya. Tapi kebanyakkannya dia yang geram dengan saya. Hehe. Sorry.
Mandi air rebusan daun apa entah. Ayah Aisyah buatkan. Mandi panas-panas. Bukan suam. Bayangkan mandi dalam ‘hot spring’. Ha. Mandi ‘outdoor’ bawah pokok gitu. Adeh. Sejuk tambah panas tambah pedih terkena luka di lutut.
Saya cuba ingat balik macam mana boleh terbabas tadi. Rasa macam terhilang fokus seketika.
Spek dan selipar tercabut dan tercampak. Cepat-cepat saya bangun ambil dan selfie.
Adeh.
Selepas makan ubat. Ayah mertua saya rebuskan daun apa-tah untuk saya mandi. Dia cakap mandi air panas bagus untuk sembuh luka.
Maka hari keenam, ketujuh dan kelapan adalah hari saya berehat sahaja. Hmm..