Untuk anda yang sedang mencari kerja kosong. Lebih-lebih lagi yang baru sahaja konvokesyen atau ingin mencari pengalaman sementara yang berkontrak.

Maka disini saya ingin kongsikan 6 laman web terbaik untuk mencari pekerjaan di Malaysia. Sekarang sudah banyak dan lebih mudah untuk mencari pekerjaan idaman anda secara online. Hanya perlu sediakan resume dan beberapa hasil kerja.

Malah banyak ruang di dalam internet untuk tunjukkan bakat dan kemahiran anda kepada umum untuk peluang pekerjaan yang meluas.

Berikut adalah 6 laman web terbaik mencari pekerjaan di Malaysia.

Laman web ini sudah lama bertapak dan masih kukuh sebagai tempat cari kerja kosong secara online. Antara pilihan yang terbaik untuk korang yang serius mencari kerja kerana banyak sangat kerja kosong yang meluas ditawarkan dalam

Jobstreet.

Tak kira untuk dalam atau luar negara. Tinggal pilih dan isi jer.

Secara jujur. Bagi saya Jooble masih baru untuk orang Malaysia mencari pekerjaan. Mungkin dah biasa cari dalam laman web lain. Tapi kerja kosong yang ditawarkan didalam web Jooble ini sangat lah banyak dan pelbagai. Boleh cuba. Mana tahu ada tersangkut kat mana-mana. Yang penting adalah usaha. Kan. 🙂

Tip Ringkas: Sediakan resume anda sebaiknya didalam dua bahasa. Selalunya sektor kerajaan minta resume dalam bahasa Malaysia manakala sektor swasta mahukan resume berbahasa inggeris.

Saya agak huruf ‘DB’ itu bermakna ‘database’ yang membawa maksud pangkalan data. Dimana web JobsDB ini seperti direktori lengkap untuk mencari kerja didalam internet. Seolah-olah semua laman web cari kerja ada dalam JobsDB. Bertaraf antarabangsa. Hebat!

Walaupun rekaan laman web JobsMalaysia agak kebelakang namun jangan menilai pada rupa kerana laman web ini berguna untuk anda yang ingin bekerja didalam sektor kerajaan. Kadang-kadang bakal guru perlu daftar dan memohon di JobsMalaysia ini

Portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia ini mengutamakan kepada orang awam yang mencari kerja dalam sektor kerajaan. Saya yakin ramai yang cuba mengambil peluang ini.

Untuk mendapat peluang panggilan interview yang lebih cerah. Saya sarankan update permohonan anda sekurang-kurangnya satu kali dalam satu bulan.

Siapa sangka kalau anda dapat kerja melalui portal mudah.my kan. Biasanya portal mudah.my ni tempat saya jual dan beli barang je. Tapi bila buka page Jobs. Memang boleh cari kerja dalam ni sebab banyak kategori pekerjaan dengan kadar gaji yang ditetapkan untuk dipilih.

Macam survey barang. Cari-cari. Pilih-pilih. Lepas tu terus je contact kalau terjumpa pekerjaan yang bersesuaian.

Bonus…

Tips Menjana Pendapatan Di Rumah

Cuba korang bayangkan. Dengan hanya berbekalkan internet sudah ada bermacam tempat untuk anda pamer dan promosi bakat dan usaha anda itu.

Contohnya menulis, melukis, menjahit, mengajar, memasak, bersolek, menjelajah ke luar dan dalam negara, mengukir, mereka bentuk hiasan dalaman rumah, menyunting video korporat, dropship, bercakap (podcast), membina aplikasi, main game, membangunkan sistem laman web, buat lawak, main gitar, bernyanyi…fuh…dan banyak lagi lah kta boleh fikir.

Asalkan bermanfaat untuk semua orang. Percayalah pada rezeki yang meluas itu.

Macam mana?

Begini. Baru nak mula memang susah. Sebab belum ada pasaran/penonton/pelanggan. Tapi kuncinya adalah konsisten dengan cermat. Bila dah ada bilangan atau dah kumpul ramai peminat/trafik/penonton/pembaca maka meluaslah peluang anda untuk menjana pendapatan. Seperti periklanan, jualan produk, sponsor dan sebagainya.

Semoga perkongsian ini membuah inspirasi kepada anda dan selamat mencari kerja. 🙂


Kredit Foto Awesome!

Tim Gouw

freddie marriage

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

2 Comments

    1. Ya betul. Mungkin dah terbiasa dengan design facebook, mudah dan jobstreet. ketiga-tiganya ada komuniti untuk bersosial yang lebih interaktif dan pengguna rasa lebih dekat. Semoga Jooble mampu bersaing untuk pasaran dalam Malaysia. 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *