Assalamualaikum dan hai semua,

Sudah lebih kurang 3 bulan yang lepas saya telah pergi menjelajahi Korea bersama keluarga. Tetapi mood Korea masih lagi tidak hilang . Haha . Apa yang membuatkan saya eksaited sangat dengan Korea? Tentulah tempat-tempatnya yang sangat menarik dan unik !

Salah satu tempat yg mendapatkan perhatian oleh pelancong (seperti saya) apabila pergi ke Korea ialah N Seoul Tower.

Kamera iPhone 5c

 

Kamera iPhone 5c

 

Itulah N Seoul Tower atau Seoul Tower yang terletak di atas Namsan Mountain. Korang kena sedia baju tebal-tebal sebab dekat atas sana suhunya sangat sejuk! (lebih-lebih lagi menjelang musim salji)

Kamera iPhone 5c

 

Biasanya pengunjung boleh pergi ke N Seoul Tower dengan menaiki kereta kabel . Tetapi sesetengah penduduk di Korea hanya mendaki sahaja untuk naik ke atas N Seoul Tower sebagai satu bentuk riadah. Sebab itulah kebanyakan orang sana yang fit dan slim even dah tua pun steady lagi. haha
Seoul Tower : Locks of Love in Namsan Park .

Okay apabila berada di atas Namsan Park ni korang akan jumpa banyak padlocks. Tempat ni sangat popular bagi pasangan yang sedang bercinta untuk tulis nota cinta mereka dan gantungkannya untuk dijadikannya sebagai tanda percintaan mereka.

Kamera iPhone 5c

 

Tempat ni sangat popular dalam drama-drama Korea dan juga rancangan realiti tv di Korea macam ”we got married” sebab tempat ni sangat sesuai digunakan terutamanya untuk penggambaran yang romantik.

Model N Seoul Tower

Dalam Seoul Tower ni ada lagi part untuk tinggalkan kenangan manis dengan mencontengkan nota dan gambar dekat dinding . Tapi saya tak layan pun benda alah ni. Cukuplah hanya jadi photographer tak berbayar. hehe

Kamera iPhone 5c

 

Ha yang ni gambar favourite saya di Seoul Tower. Dekat atas sini korang boleh nampak gunung-ganang dan juga bangunan-bangunan kecik di Seoul yang tersusun dan sangat kiut.

Kamera iPhone 5c

 

Yang ni pulak view dalam Seoul Tower. Korang boleh menikmati suasana sunset dalam Seoul Tower sambil-sambil minum kopi.

Seoul Tower : 5:09PM , 2/12/2014

dan juga korang boleh usha oppa oppa hensem dekat sini (lol)

Seoul Tower : 5:13PM , 2/12/2014

Suasana petang di Seoul Tower sangat cantik . Subhanallah

Kamera iPhone 5c

 

Dalam perjalanan pulang sempat lagi menikmati pemandangan yang cantik dekat sini. Masa ni berat hati sangat nak tinggalkan tempat ni. Disebabkan terlalu sejuk tangan kaki semua dah tak rasa cepat-cepat turun masuk kereta kabel dan balik. haha

Apapun N Seoul Tower ni memang sangat best , bak kata orang korea ”daebaaaakk!”

Sampai ketemu lagi N Seoul Tower ! Annyeonghaseyo ~

Thank you for reading this entry 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *