Kopitiam Kita adalah diantara destinasi sarapan pagi yang sempurna dengan menu yang ringkas. Tak lengkaplah hari kita kalau tak ambik sarapan pagi sebelum buat kerja atau nak berjalan teman family cari kain sekitar bandar Kota Bharu nanti. Dah sarapan barulah bersemangat dan bertenaga sepanjang hari.

Popularnya Kopitiam Kita ni hampir tiap pagi parking kereta kat sini penuh dengan nombor plat dari pelbagai negeri.

Terpampang besar gambar penyanyi Siti Nurhaliza dengan Dato’ K dalam kedai tu sebagai bukti Siti pernah datang dua kali. Boleh nampak lagi gambar Yusry KRU serta Lisa Surihani, pengacara tv, selebriti, polis dan lain-lain dalam Kopitiam Kita tu. Tokey kedai ni memang suka bergambar dengan pelanggan yang famous-famous dan orang biasa yang tak famous macam aku pun dia bergambar jugak. Tapi aku tak bergambar pun dengan dia. Segan. Koranglah bergambar dengan dia. Dia okay dan mesra je layan pelanggan.

Pagi-pagi dah dapat merasa suasana meriah dalam Kopitiam Kita ni. Antaranya sebab kumpulan family dengan gathering member. Takdelah bising sangat mengganggu kita makan. Biasa-biasa meriah macam hari raya. hehe

Selalunya aku order roti titab dengan telur separuh masak 1 set(2 biji telur) dengan air teh o’ panas. Tiga benda ni je dah cukup best dan kenyang bagi aku.

Kadang-kadang tu kalau lapar sangat aku ambik sebungkus nasi kerabu berserta daging bakar dengan secawan kopi. Biasalah tu orang kelantan sendiri dah lama tak makan nasi kerabu. Janganlah ingat orang kelantan nih tiap hari makan budu ya. Hehe

Sebelum aku terlupa, Kopitiam Kita tutup pukul 1:30 tengah hari dan buka seawal 7 pagi. Selalunya dalam pukul 12 dan keatas dah tak banyak pilihan makanan sebab dah habis. Lebih-lebih lagi waktu cuti hujung minggu.

Ke Kopitiam Kita ke kita? Hehe. Jangan lupa share menu Kopitiam Kita kegemaran anda yang sedap dalam bahagian komen dibawah. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *