Ho Chi Minh, Vietnam ni memang terkenal dengan bab shopping kain tudung, beg dan kasut. Ada yang bagi nama sebagai syurga tudung dan syurga shopping. Dato Alif Syukri, Dato Vida, artis laki bini Sharifah Shahirah dengan Ijoy Azhari pun ada datang shopping beg dan kasut kat Ho Chi Minh

Boleh jadi sebagai penanda aras. Mula kat Ho Chi Minh. Bila dah ada modal lebih sikit. Boleh lah nak survey kilang kat China pula. Atau Indonesia ke. Kan. huhu

Kenapa Tudung dUCk, Naelofar kat Vietnam RM15 tapi Kat Malaysia Sampai RM200?

Sini ada 3 sebab.

KILANG DAN GUDANG

Salah satu sebabnya adalah kilang tak jauh sangat dan banyak gudang borong kain baju. Boleh cuba untuk sesiapa yang datang dan start belajar berniaga dengan modal kecil-kecilan.

Design tudung dUCk, tudung Naelofar semua memang akan selalu tukar. Ikut trend. Korang pun boleh minta nak design sendiri macam mana. Lain dari yang lain.

Korang boleh adakan bisnes trip semata-mata untuk survey dan jalan-jalan cari lubuk untuk berniaga kat malaysia nanti. Nanti aku bagi info pakej trip bisnes ni. Ada pakej 3 hari 2 malam dan pakej 4 hari 3 malam.

Sangat menarik. Bab ni nak panjang sikit. Nak tambah pasal kualiti atau gred pengeluaran kain tudung yang dah siap. 

Selalunya harga RM15 kebawah ni design lama dan kualiti dia kureng sikit. Tapi okay je kalau nak pakai santai-santai. Bukannya teruk sangat dan harga beratus pun bukannya kalis peluru ke kalis api ke. 

Harga RM20 keatas ni macam gred design yang helok-helok yang okay-okay semua. 

KOMUNIKASI

Satu lagi. Sebab ramai peniaga Ho Chi Minh boleh berbahasa melayu. Kebanyakkan mereka berasal dari zaman kerajaan melayu Cham (atau Champa atau Tsiompa).

Mudah untuk kita berurus niaga. Boleh buat kawan dan bawa bincang. Malah ramai yang menganuti agama Islam. Memang bagus sangatlah sama-sama tolong. Semoga makin ramai. Kita pun senang esok nanti. Sebab itulah boleh keluarkan kain solat macam Siti Khatijah.

MATA WANG

Boleh tahan lumayan mata wang ringgit di Ho Chi Minh. Masih laku. Lebih kurang laku kat Indonesia.

Tolak kos logistik semua. Kurang-kurang kena untung sikit. Paras keselamatan mata wang pun kena ambil kira untuk jangka hayat yang lama. Sebab tu kadang-kadang ada yang jual tiga kali ganda dari harga asal. Yang penting. Mudahkan pembeli untuk membeli dan pengurusan marketing online yang strategik.

Bonus Peringatan Mesra

Jangan datang saat akhir nak raya. Macam aku sebut tadi. Peniaga sini ramai yang beragama Islam. Bila hujung bulan puasa ramai yang berebut fokus beribadah, persiapan hari raya dan ada yang saja-saja nak cuti berehat. 

Kita pun sama. Tak ramai travel jauh-jauh waktu tu. Ho Chi Minh pun akan sunyi kejap. Jadi tiap tahun memang akan ada banyak kedai tutup di Ho Chi Minh.

Rasanya kita pun faham macam mana situasi bila dekat nak raya kan. Selalunya orang akan siap shopping raya awal-awal untuk dapatkan promosi, elak trafik dan boleh ada masa lagi untuk betulkan jahitan kat mana-mana. Ada je yang suka last minute. Tapi bukan majoriti lah yang suka trafik jem ni.

Hmmm. Bab lain. Macam penginapan ada je yang mur-mur. Lagi murah kalau datang dengan group bisnes. Contoh kos bilik boleh kongsi dua. Kos transport boleh share. Kos muatan berat untuk bawa balik Malaysia pun boleh kongsi.

Makan agak mahal sikit. Walaupun muslim ramai tapi penganut agama lain lebih ramai. Menjadikan orang muslim di seluruh Vietnam sebuah golongan yang kecil. Minoriti. Sumber halal pun jadilah terhad. Sebab itu lah mahal. 

Apa pun. Aku ucapkan selamat tahun baru 2020. Hepi working and hepi travel gais. Enjoi. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *