Kenangan Lukisan Gadis Bertudung Biru

Aku ada ingat dulu aku agak aktif dalam melukis. Lukis kartun, lukis potret awek, lukis potret bapak aku, lukis kartun, lukis cewek, lukis cowok dan mungkin sedikit tutorial. Korang boleh tengok balik dalam galeri artwork facebook aku yang lepas kat situ.

Korang ingat lagi lukisan cik Heliza nih? Hmm. Kalau tak ingat. Takpe. Saje tanye. Huu..huu..huu..

artwork-fariz-september-2011

Tu lah kebanyakan yang aku suka lukis. Cewek. Tapi tak lama lepas tu aku agak sibuk dengan kerja, travel dan lain-lain hal.

Jadi aku melukis lah jarang-jarang waktu. Tapi aku tetap jugak cuba melukis dan buat video sebab member baik selalu bagi dorongan untuk buat apa diorang rasa aku mahir dan minat. Alhamdulillah. Terima kasih! 🙂

Alhamdulillah sekali lagi. Sekarang kerja makin banyak. Heh.

Tapi tu lah. Aku tak nak tinggal macam tu je. Sebab ramai dah orang aku kenal dan ramai jugak yang hargai (lebih daripada sorang tu kire ramai lah kan).

Jadi aku cuba aktif balik macam dulu (termasuk penulisan blog dan penerbitan video).

Nah contengan terbaru.

asyalliee-potret-sketch

Tak lupa jugak. Aku ada buat facebook page untuk aku kumpul segala penghasilan daripada aku. Daripada lukisan sehinggalah penerbitan video.

Oh ya. Sekarang facebook page tu dah cecah seribu! Banyak la tu bagi aku kalau nak dibanding dengan facebook page gadis-gadis jelita. Heh. Terima kasih!

image

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *