Amaran! Warning! 

Saya akan guna bahasa yang mungkin korang tak paham tapi mohon chill saje sebab saya akan cuba explain dengan ringkas. (hopefully)

Kat sini saya kumpulkan 5 perkara yang paling asas sebelum korang mula edit video untuk assignment pengajian, promosi produk perniagaan mahupun video korang main tanah liat.

1-Kenal Pasti Software Edit Video

Sebenarnya ada banyak software untuk edit video yang bagus dalam dunia nih tapi semuanya bergantung atas keperluan korang. Ada software yang free dan juga yang berbayar. Ada software yang sediakan banyak fungsi dan ada juga yang sediakan fungsi yang ringkas dan mudah.

Dengan sempoinya kat sini saya pecahkan kepada dua jenis software edit video;

a) FREE

Tidak berbaloi kalau nak edit video yang simple tapi kena bayar. Jadi pilihan yang terbaik adalah video editor yang percuma antaranya adalah – Windows Movie Maker(windows), iMovie(mac) atau Youtube Editor(web-based) dimana korang terus edit dalam web youtube.

Free, simple dan mudah nak dapat. Terbukti pakej lengkap untuk korang baru belajar untuk edit video.

b) BERBAYAR

Okay, kalau korang dah khatam ketiga video editor yang free di atas dan korang nak buat video effect yang macam-macam seperti movie Iron Man, Star Wars dan sebagainya. Maka dengan itu saya cadangkan Adobe Premiere Pro(windows,mac) serta Adobe After Effects(windows,mac) dan Final Cut Pro(mac).

Untuk video editor Adobe Premiere Pro serta Adobe After Effects tadi bagi saya ianya sangat mahal untuk korang yang baru mula buat duit dengan edit video. Kena bayar ikut bulanan atau tahunan. Satu software Adobe lebih kurang 90 ringgit sebulan atau 730 setahun. Memang profesional habis lah, taraf ada bajet untuk edit video power. Serius!

Manakala software Final Cut Pro hanya perlu sekali bayar je. Tak perlu bayar tiap tahun atau tiap bulan. Harga pulak lebih kurang 1250 ringgit sahaja. Fungsi yang pelbagai serta mesra pengguna untuk korang yang dah biasa dengan software editor yang percuma!

Inilah antara video editor yang bertaraf Hollywood serta kegunaan dalam kebanyakan industri penyuntingan video.

2-Kenal Pasti butang shortcut 

Selalunya makan masa untuk biasa dengan butang shortcut nih sebab perlu praktik sendiri dalam pembikinan video. Selain dapat menjimatkan masa dalam mencari butang copy dan paste – butang shortcut jugak membantu dalam menyediakan video dalam tempoh yang singkat.

3-Fungsi Save serta Format Video yang Dah Siap

Secara ringkasnya nanti akan ada dua format file dalam penghasilan video. Pertama adalah format hasil kerja edit video korang tapi tak boleh transfer dan tak boleh upload untuk tayang kat orang. Kedua adalah format video itu sendiri boleh transfer dan boleh upload untuk tayang kat orang.

Format hasil kerja korang sangat penting berbanding dengan format sebuah video itu. Kalau hilang file hasil kerja tu, korang akan kena buat balik video tu dari awal.

Okay. Akhir kata, video adalah salah satu medium untuk menyampaikan maklumat selain penulisan. Ada yang suka membaca dan ada yang suka tengok video. Sekarang fungsi video juga sama digunakan untuk hiburan, berita dan sehinggalah tutorial untuk bersolek. Jadi terpulang atas korang pula untuk buat video yang macam mana. Asalkan jangan mendatang dosa sudah ler ya.

Have fun!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

2 Comments

    1. salam. nampaknya kena bayar. tapi saya cadangkan guna software lain seperti sony vegas, imovie(apple) atau adobe premiere. ???

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *