Korang mesti dah tak sabar untuk menyaksikan bahang piala dunia FIFA kali ni. Kan. Selepas semua khabar angin kebocoran sebelum ni. Nah. Ini berita baik yang dinanti-nantikan. Kemaskini FIFA 18 telah disahkan dan official dah pun pada 29 April lepas.

Pembaharuan percuma kepada pemilik permainan FIFA 18 yang membawa kejohanan terbesar dalam bola sepak dunia untuk semua aspek tajuk FIFA. Antaranya ialah kemaskini yang mengandungi mod permainan baru serta versi segar dari aspek sedia ada dalam FIFA 18 yang mana kali ini membawakan kandungan-kandungan eksklusif Piala Dunia Rusia 2018.

Kemaskini ini akan menampilkan pengalaman pertandingan yang original dan elemen Piala Dunia yang rasmi, serta membawakan kesemua 32 pasukan yang layak, bola rasmi perlawanan, malah kesemua 12 stadium dan trofi keemasan ikonik Piala Dunia. Hebat bukan?

Antara mod permainan baru yang mendapat kemaskini ini ialah 2018 FIFA World Cup Russia iaitu 32 negara yang layak, Custom FIFA World Cup Tournament iaitu korang boleh “mengubah sejarah” bagi negara kesayangan korang yang tak terpilih ke piala dunia FIFA macam contoh Italy, Belanda, Wales, seterusnya FIFA World Cup Kick-Off iaitu boleh main langsung macam sebelum ni korang main dalam asrama dengan kawan-kawan dan terakhir FIFA World Cup Ultimate Team.

Video trailer kemaskini istimewa ini di bawah – menampilkan bintang-bintang Piala Dunia seperti Cristiano Ronaldo, Antoine Griezmann, Isco, dan Thomas Mueller menukar jersi kelab mereka ke jersi kebangsaan masing masing.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *