Jelajah Bali – Turtle Park serta Sukan Air di Tanjung Benoa

Malaysia pun ada turle park. Lebih-lebih lagi kat Terengganu. Jadi apa yang istimewa sangat taman penyu di Bali nih?

Siapa yang pernah datang ke Bali pasti tak pandang sangat taman penyu nih sebab kat Bali ni ada macam-macam tempat yang korang nak lawat dan Malaysia dah ada taman penyu. Jadi kuranglah keutamaannya untuk melawat taman penyu.

Sebenarnya ini adalah pertama kali aku melawat taman penyu sebab aku tak pernah pun sempat nak melawat taman penyu yang ada dalam Malaysia. Jadi aku kongsikan aje lah pengalaman dan ape yang seronok kat taman penyu di Bali.

Sukan Air di Tanjung Benoa

Kalau korang menginap sekitar Denpasar maka tidak jauh untuk korang main air di Tanjung Benoa nih dan lebih kurang 10 minit je naik bot untuk pergi ke taman penyu dari Tanjung Benoa. Nah. Itu sudah kira pakej lengkap untuk korang luang masa seharian.

Ada pelbagai jenis sukan air korang boleh main kat sini. Jetski, banana boat, diving, snorkeling, sea walker dan lain-lain. Tapi waktu tu aku tak berapa nak bersiap jadi aku pilih parasailing sebab tak kena air dan boleh menikmati pemandangan yang best.

Aku tak tau kenapa tapi bagi aku aktiviti nih sungguh mencabar sebab ia ada melibatkan dengan langkah-langkah keselamatan. Mula-mula nervous lah sebab orang sekeliling nampak serious je. Risau aku.

Tapi bila aku dah ada kat atas tu, aku rasa sangat terkejut dengan pemandangan yang best. Nampak kecik je bot yang pusing tarik aku. Serius tinggi.

Bulih Bali Turtle Park

Kat sini anak penyu dijaga sehingga cukup umur untuk dilepaskan kelak. Peratus anak penyu nak hidup adalah sangat nipis sebab boleh jadi makanan haiwan lain kalau lepas awal. Gitulah sedikit sebanyak info yang diterangkan oleh pemandu arah korang nanti.

Sebenarnya ada banyak penyu yang besar dan mereka dijaga untuk proses pembiakan serta pemuliharaan bagi yang tak sihat dan sebagainya. Korang juga berpeluang untuk mengusap, bergambar serta angkat penyu yang sememangnya berat. Ada je anak penyu yang kecik. Heh

Meriahnya taman penyu nih sebab ada binatang lain lagi dalam pemuliharaan seperti ular, burung hantu, kelawar buah yang besar, iguana, burung kenyalang dan sebagainya. Apa lagi, bergambar lah aku dengan mereka. Hehe

Lihat betapa gembiranya burung ni bergambar dengan aku. Heh

Akhirnya korang akan duduk santai minum air buah kat restoran yang tersedia. Fish spa pun ada kalau korang nak try. Nah tu lah dia pakej lengkap untuk satu hari punya aktiviti.

Amacam? Best tak?

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *