Sawadee kap semua.

Siapa pernah ke Thailand sila angkat jari telunjuk dan tunjuk ke atas. Selalu dengar kan orang thai ucap ‘sawadee kap’. Maksud dia ‘hello’.

‘Khun sabai dee mai?’ = ‘awak apa khabar?’..semoga khabar baik semuanya.

Saya pernah ke Thailand berkali-kali. Oleh sebab negeri Kelantan bersempadan dengan negara Thailand. Jadi saya boleh bertutur sedikit dalam thai. Malah isteri saya merupakan orang Laos yang menggunakan bahasa Thai sebagai perantaraan. Okay. Nanti saya cerita lebih lagi bagaimana saya berkomunikasi dengan isteri saya dalam entri yang lain.

Yang belum pernah tapi berminat untuk travel ke Bangkok sila angkat kening sebelah kanan dan teruskan membaca mengenai saya memperkenalkan Izs Dawson kepada anda semua. Dia boleh jadi travel buddy korang di Bangkok. Sebab Izs menetap disana dan fasih dalam 4 bahasa iaitu english, malay, thailand dan kelantan. Yes. Buleh kecek kelate jugok kalu ado nok ngorat dio. Huhu

Siapa Izs Dawson nih?

Anuar Zain celup atau Izs nih dah lama tinggal di Bangkok. Saya kenal dia dari sekolah menengah dalam Kelantan. Kemudian dia sambung belajar di KL. Sebab tu dia fasih kecek kelate dan cakap melayu.

Sekarang dia tengah free dan berminat untuk menjadi pemandu pelancong korang di Bangkok, Pattaya dan lain-lain.

UPDATE: Maaf semua. Izs dah tak available sekarang. Saya akan update kalau saya jumpa penggantinya. 

Bila dengan Izs nanti, korang tak perlu risau untuk mencari kedai makanan yang halalan toyyiban. Bonus untuk tips perbelanjaan anda di Bangkok nanti.

Saya berminat nak cuba rasa jalan-jalan dengan Izs. Untuk kongsi pengalaman yang lebih detail kepada anda. Tapi saya dah plan untuk ke Vietnam dan Laos terlebih dahulu.

Kalau korang berminat untuk ada teman bila berada di Bangkok atau nak deal business dengan orang thai. Terus je WhatsApp nombor Izs iaitu +66 612-423-867 .

Atau..

PM(bukan Perdana Menteri) je dia di facebook Izs. www.facebook.com/izsdawson

Atau..

DM di instagram Izs Dawson. www.instagram.com/izsdawson/

Okay. Tinggalkan pada ruangan komen dibawah perkongsian pengalaman anda kepada saya kalau korang pernah jelajah negara Thailand. Krabi? Phuket? Chiang Mai? Pattaya? Mana lagi seronok?

Okey. Silakan share dan tag kawan-kawan anda yang akan travel ke negara Thailand.

Sekian dari saya dan  terima kasih kerana membaca. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *