Hampir 3 tahun saya peram gambar photoshoot mainan nih. Baru sekarang nak upload. Fuh. Bersabarlah. Inilah masanya untuk ber-throwback. Maka selongkarlah saya barang simpanan dan terjumpa kamera pertama saya miliki iaitu Sakure SA22. Lama dah kamera nih. Seingat saya dalam sekitar tahun 2003 hingga tahun 2005. Masih hidup. Cuma belum try tangkap gambar. Belum rajin nak beli filemnya. 

Inilah Sakure SA22 itu. Huhuhu

Ketika itu saya terpaksa beli filem untuk tangkap gambar dan hantar filem tu kat kedai baru boleh nampak gambar apa yang dah saya tangkap. Kena beli itu, kena pergi situ, kena datang ambil dan begitulah banyak kos. Dulu senang tangkap gambar candid, sekarang orang marah sebab takut kena viral. Adeh

Nah ini beberapa keping gambar yang saya simpan sejak tahun 2003 lagi.

Sekarang dah canggih. Tangkap gambar dengan telefon. Malah kualiti gambarnya pun sangat cantik. Hanya dalam tempoh kurang 10 tahun teknologi kamera telefon sudah maju dengan pesat. Tak perlu lagi beli filem dan sudah terus boleh lihat gambar dalam skrin telefon. Juga ada banyak aplikasi  percuma untuk cantikkan gambar. Cetak gambar dan simpan dalam album itu sudah menjadi pilihan kedua.

Tanpa heret lebih panjang. Inilah dia beberapa gambar photoshoot High Grade Gundam RX-78-2 dan HG Zaku II hasil kamera iPhone 5s.

…dan beberapa gambar trip ke Pulau Perhentian Kecil juga dengan kamera iPhone 5s.

Follow Instagram saya untuk lihat foto yang lainnya. Terima kasih. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *