Info Vpet 20th Digimon Review 2018 ini aku kumpul maklumat dari kawan-kawan Facebook group Digi-Destined Malaysia, Reddit, Wikimon.net, withthewill.net dan lain-lain (yang aku tak ingat).

Permainan Digimon Virtual Pet ulang tahun yang ke 20 atau secara ringkas panggil ‘Vpet20th’ je. Dah keluar dalam pertengahan tahun 2017.

Oleh kerana tak banyak website dan blog berbahasa Malaysia yang cover pasal ini. Maka aku cuba sediakan info lengkap selengkap lengkapnya disini untuk bahan bacaan korang. Dari cara bela, cara lawan, cara gabung Digimon dan sehinggalah anggaran nilai jual beli untuk seketul Vpet 20th ini. Selamat membaca. 🙂

Oh ya. Aku punya warna gray. Itupun hadiah kahwin dari member. Hehe. Jangan jealous. Sebab aku ada sebiji je Vpet 20th nih. Heh

Aku akan update entri ini dari semasa ke semasa hingga lengkap. Tengah semangat nak share nih. Kalau aku ada tertinggal sebarang maklumat. Jangan lupa komen kat bawah nanti ya. Terima kasih.

Okay.

Mula-mula aku nak pecahkan beberapa bahagian info untuk memudahkan korang pilih dan ‘sedap’ skrol kebawah.

Pengenalan Vpet 20th

Vpet 20th ini ada semua Digimon dari Vpet versi 1 hingga Vpet Versi 5 dan ada beberapa Digimon baru yang istimewa hanya mengikut warna yang dipilih (selanjutnya dibawah).

Fungsi Butang

Ada 3 fungsi butang utama iaitu Pilih (butang A), Masuk (butang B), Keluar (butang C) dan 1 butang (kecil) untuk reset.

Intro Bela Digimon

Senang je nak bela Digimon. Bagi makan daging dan vitamin je. Lepas tu bersihkan tahi Digimon.

Tapi awas ya. Tahi Digimon jangan dibiar terlalu lama sampai penuh Vpet itu. Nanti sakit dan mati pula.

Kalau tiba-tiba berbunyi itu ada 3 maksud. Digimon korang lapar, lemah (perlukan vitamin) dan nak tidur.

Kekerapan tahi Digimon bergantung atas level Digimon. Semakin dewasa Digimon, semakin kurang kerap keluar tahi. Dari 3 minit sehingga 100 minit untuk seketul tahi.

Tips Elak Sakit

Aku tak buang tahi Digimon. Aku biarkan je penuh dalam skrin. Jadi, Digimon itu takkan sakit (kecuali sakit sebab tahi penuh buat kali yang pertama). Akan rasa menyampah sikit lah sebab skrin penuh dengan tahi kan. huh

Sama seperti versi Vpet yang sebelumnya. Cuma fungsi ketara Vpet 20th adalah boleh bela dua ekor Digimon dalam satu masa. Vpet versi lama boleh bela sekor je.

Bermula dari sebiji telur. Selepas Digimon korang berubah ke peringkat Child. Secara automatik telur kedua akan menjelma. Dari situ korang boleh bela dua ekor Digimon serentak. 🙂

Bilangan Digimon

Kat sini aku nak tunjuk bilangan Digimon dalam Vpet 20th terang seterang terangnya (sangat membantu kalau ada kanta pembesar).

Vpet 20th ditambah pula dengan telur Digimon yang baru yang khas atau special keatas warna Vpet 20th masing-masing. Warna kelabu, coklat, hitam, kuning dan putih. Berikut adalah cara nak dapatkan telur-telur tersebut.

Tips : Kalau korang ada seketul je Vpet 20th ini. Contoh korang ada Vpet 20th warna Brown (Agumon Anime). Korang boleh copy Digimon special (Gabumon Anime) dengan member yang ada Vpet 20th warna Gray. Lepas tu boleh gabung kedua Agumon Anime dan Gabumon Anime jadi Omegamon.

Tapi untuk copy dan simpan Digimon itu ada dua slot sahaja. Jadi, pandai-pandai koranglah nak simpan Digimon apa. uhuhu

Melatih Digimon

Bagi aku Vpet 20th ada dua tempat latihan Digimon supaya berubah ke Digimon yang lebih kuat. Pertama simbol punching bag dan yang kedua simbol trophy.

Simbol Punching Bag itu lebih kepada latihan persendirian. Hanya latihan ini sahaja yang mempengaruhi meter Effort (Usaha). Semakin banyak berlatih, semakin tinggi dan penuh meter Effort.

Manakala simbol trofi bermaksud berlawan dengan Digimon yang lain secara berperingkat. Dari peringkat Digimon paling lemah sehingga peringkat Digimon paling kuat. Ada 100 peringkat semuanya.

Kalau tiba-tiba Digimon korang tak boleh battle. Maknanya STAMINA Digimon korang dah habis. Untuk itu, bagi Digimon korang makan VITAMIN sampai penuh stamina.

Ada orang cakap. Kalau makan vitamin banyak sangat nanti cepat sakit dan mati. Aku tak pasti bab tu. Kalau nak selamat. Biar je Digimon tu lapar dan perlukan vitamin. Baru bagi makan daging dan vitamin.

Aku belum sampai stage 100 tu. Asyik mati je Digimon aku nih. 🙁

Evolusi Digimon

Telur Digimon menetas dalam 1 minit. Lepas tu ada 6 peringkat perubahan Digimon.

  1. In-Training 1
  2. In-Training 2
  3. Child
  4. Adult
  5. Perfect
  6. Ultimate

Ini contoh peringkat evolusi Agumon;

Tempoh Evolusi Digimon didalam Vpet 20th.

In-Training 1 ——— 10 Minit ———> In-Training 2
In-Training 2 ——— 6 Jam ————> Child
Child —————— 24 Jam ————> Adult
Adult —————— 36 Jam ————> Perfect
Perfect ————— 48 Jam ————> Ultimate

Info Battle Digimon

Battle mempengaruhi berat badan Digimon. Semakin banyak battle, semakin kurang berat badan Digimon korang. Lebih-lebih lagi bila lawan Digimon lain dalam Battle (simbol trofi).

Hanya makan daging sahaja yang tambah berat badan Digimon anda. Sama dengan Vpet Version 1, Vpet Version 2, Vpet Version 3, Vpet Version 4 dan Vpet Version 5.

Cara lawan antara Vpet 20th, dengan Vpet lama dan lawan dengan Digivice dan terjemahan manual akan aku masukkan dari semasa ke semasa.

Kudos kepada geng Digi-Destined Malaysia yang kongsi ilmu. Boleh join group DDM dilaman Facebook untuk ‘borak’ pasal Digimon dan lain-lain seperti pertandingan Digimon, anime, video game dan sebagainya yang berkaitan dengan Digimon. 🙂

Okay. Nanti aku tambah lagi info dan update kat sini.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *