Hartanah

Selasa hari tu. Lepak dengan member satu sekolah dulu-dulu. Sekali dengan adik lelaki aku. Kira rapat sekali lah sebab sebaya.


Nih gambar lepak dengan member hari tu.

Tiba-tiba.

“Abe, aku ada tanah nak jual. Kau nak beli?” member sorang tu tanya aku. Nampak macam terdesak. Dalam fikiran aku selalunya bila dalam keadaan terdesak boleh dapat harga rendah.

Aku tawar “Harga asal dalam 160 kan. Aku beli 200. Okay?”

Ada member sorang lagi tengah beriya nak beli. “Aku up 250!”

Aku jawab. “Cis!” Tak boleh jadi nih. Mentang-mentang dia ada hotel sebijik.

Tiba-tiba adik aku gelisah. “Powerbank ada? Bateri dah 2% nih. Cepatlah. Nanti habis game kite nih.” Masing-masing mula mencari.

Mujur aku teringat ada tersimpan powerbank dalam beg. Tu pun tinggal sikit je. Aku pergi lah ambik dalam kereta.

Bila dah dapat powerbank semua sambung main game monopoly dengan tenang.

Sambung balik deal tadi. Heh

Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *