Google Adsense Cakap Melayu

Bertahun lamanya tunggu adsense untuk bahasa melayu dan akhirnya baru-baru nih Google dah approve adsense untuk negara kita, Malaysia. Sebelum nih harap kat Nuffnang, Innity dan lain-lain untuk menjana pendapatan melalui periklanan yang sokong bahasa melayu.

Untuk ingatan semua, Google merupakan enjin pencarian yang terbesar di dunia sebab ramai sangat orang guna Google untuk cari info dari pelbagai bidang. Manakala Adsense pula adalah satu program oleh Google untuk penerbit menjana pendapatan melalui periklanan mengikut sasaran isi kandungan dan penonton.

Google Adsense Sekarang Cakap Melayu

Adsense terbuka untuk semua yang berminat dalam penghasilan media dan maklumat dalam pelbagai cabang dan bidang.

YouTube pun Ada Adsense

Video juga adalah salah satu bentuk media dalam penyampaian maklumat dan YouTube dinobatkan rangkaian kongsi video yang terbesar didunia selepas Google beli YouTube dalam tahun 2006.

Dengan program Adsense nih, anda juga boleh menjana pendapatan dengan menghasilkan video dalam YouTube.

Antara Syarat Penting untuk Adsense

Antara syarat pentingnya adalah 100% isi kandungan anda adalah unik dan original yang tak copy-paste dari mana-mana sumber termasuklah isi kandungan YouTube. Google pantang ciplak-ciplak nih, jangan sampai kena ban.

Menjana Pendapatan melalui Periklanan

Sekali lagi saya suka ingatkan dalam menjana pendapatan haruslah ada iklan dan kadar iklan adalah tidak tetap. Bergantung atas kadar bilangan pengunjung serta keberkesanan iklan.

Selamat datang Adsense!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *