Hari nih aku geram dengan promosi tiket flight AirAsia yang murah-murah. Sudahlah buat promosi awal bulan. Dia (promosi tersebut) bagi tempoh 24 jam je untuk pilih tarikh dari bulan januari hingga bulan ogos tahun depan (2018). Ye la. Promosi bulan mac lepas aku dah beli tiket ke Ho Chi Minh untuk bulan september nanti. Boleh tahan murah. Return ticket 280 ringgit sahaja untuk dua orang. Bukan satu orang tau. Itu pun belum tentu dapat pergi atau tak. Takkan aku nak beli lagi.

Aku pikir nak balik kampung Aisyah tahun depan. Jadi aku usha la sikit promosi hari nih. Aduh..bertambah geram pula aku dengan tokey AirAsia. Rasa nak beli sangat-sangat bila bandingkan harga tiket promosi dengan harga tiket bukan promosi nih. Berbaloi-baloi!

Oh ya. Ini bukan entry berbayar yer. Aku tulis nih dalam keadaan mengawal nafsu ingin membolot tiket-tiket murah yang ada. Heh!

Aku ada ajak kawan balik kampung Laos sekali tahun depan. Sebab isteri dia satu kampung dengan Aisyah. Tapi, nasib baik dia kata tak tau lagi lepas tu mintak aku proceed dulu. Tak pasal-pasal aku think twice (bukan group Twice), think cook cook dan think deep deep. Patut ke aku beli? atau biarkan promosi ini berlalu begitu saja.

Lebih kurang sepuluh minit aku fikir masak-masak..aku dah kumpul beberapa point untuk aku tidak layan promosi AirAsia hari nih:

  1. Member tak join
  2. Standby kenduri aku hujung tahun
  3. Aku dah beli tiket ke Ho Chi Minh (jangan tamak)
  4. Sambung visa Aisyah

Maka dengan itu, aku cancel beli tiket AirAsia. Muktamad. Biar padan muka dia (promosi AirAsia) . Huh!

Entry ini juga untuk korang yang tak sempat dengan promosi bulan mac hari tu.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *