Gajet dan Aksesori Penting Harus Bawa Ketika Melancong

3 gajet dan aksesori penting harus bawa ketika melancong antaranya adalah;

Powerbank

Susah kalau phone habis bateri ni. Contoh kalau phone habis bateri nanti tak boleh nak contact sape2, tak boleh nak tangkap gambar, tak boleh update status kat family, urusan bisnes dan lain-lain.

powerbank-pineng-blog-fariz-izhan

Jadi jangan lupa bawa powerbank apabila korang nak bercuti nanti. Kalau terlupa jugak, boleh je share dgn partner beli baru.

Plug Adapter serta plug adapter ber-usb

2 plug ni penting sebab boleh masuk bermacam jenis suis dan sangat berguna untuk cas gajet kite yang lain seperti kamera serta powerbank. Yang ada laptop pun penting ada plug ni bila nak travel ke luar negara. Suis negara kita tak sama dengan kebanyakkan negara luar yang lain.

usb-universal-adapter-blog-fariz-izhan

Incase kalau korang terlupa. Korang boleh cari kat airport untuk dapatkan 2 plug serbaguna ni. Mahal pun mahal lah kat airport kan.

Kamera

Saye tak tekan sangat pasal kamera ni sebab phone sekarang dah canggih dan mampu tangkap gambar lawa. Lainlah kalau korang memang seorang photographer yang profesional dimana memang dah ada kamera DSLR serta beberapa lens yang power untuk diorang buat kerja secara jangka masa yang panjang. Bagi saye yang bukan kerjaya sebagai seorang photographer disarankan guna kamera phone. Macam saye bagitau tadi, phone sekarang ada kamera canggih. Lebih-lebih lagi kamera iPhone. hehe 😛

kamera-gopro-hero-3-plus-blog-fariz-izhan

Lagi satu, ni hanya cadangan, dapatkan kamera yang boleh tahan lasak, masuk air dan sebagainya. Kamera ni sesuai untuk korang yang sukakan aktivit sukan air, hiking dan sebagai. Kalau bajet kurang untuk dapatkan kamera gopro. Ada je kamera macam gopro yang murah dan berkualiti HD.

Tak banyak, 3 benda ni je untuk korang ingat dan bersama ketika melancong ke luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *