Guna aplikasi WhatsApp di PC amat berguna sewaktu bekerja menggunakan laptop atau komputer. Menaip mesej lebih lancar dan menyenangkan dengan menggunakan keyboard berbanding ulang-alik buka-tutup aplikasi WhatsApp didalam telefon bimbit.

Berikut adalah cara muat turun dan guna aplikasi WhatsApp di PC.

Buka Laman Web WhatsApp

Terus layari laman web WhatsApp iaitu https://www.whatsapp.com . Kemudian pilih halaman Download atau halaman Muat Turun untuk bahasa Malaysia.

Download Aplikasi WhatsApp

Tertera butang Download for Mac OS X jika anda menggunakan MacBook. Teruskan tekan butang Download tersebut dan tunggu sehingga siap Download sepenuhnya fail itu.

Download Link untuk:

Install Aplikasi WhatsApp

Setelah siap Download. Buka fail Download itu, baca dan Install seperti biasa.

Sambungkan Telefon Anda

Jika sudah Install aplikasi WhatsApp itu. Scan kod QR yang terpapar di aplikasi WhatsApp melalui telefon anda dan tunggu seketika untuk proses log masuk. Itu sahaja. Boleh sambung melayari mesej-mesej yang tersedia ada seperti didalam WhatsApp telefon anda seperti biasa. 🙂

guna Whatsapp di PC

Aplikasi WhatsApp didalam laptop anda adalah sangat mudah digunakan. Antara fungsi menariknya adalah kongsi gambar, dokumen, link dengan semudah tekan-dan-tarik fail-fail itu masuk kedalam aplikasi WhatsApp didalam komputer anda.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *