Saya kenal dan minat Digimon sejak menonton siri animasinya dari kecil (dalam 90an) dan permainan video seperti Digimon World dan Digimon Rumble Arena didalam konsol Play Station.

Waktu itu sangat seronok main game. Satu hari suntuk main game rasa macam kejap je. Kalau boleh dalam satu hari nak habiskan satu permainan video.

Permainan Digimon yang lain seperti V-Pet dan Digivice pun saya pernah main. Main bela (macam Tamagotchi) Digimon lepas tu battle. Kenangan terindah. hahaha

Rupa-rupanya D-3 saya yang dulu adalah Bootleg (bukan original). Sekarang saya ada D-2 (Digivice) versi ulang tahun ke 15 keluaran tahun 2014 dan V-Pet versi ulang tahun ke 20 keluaran tahun 2017.

Hamboih. Detail sangat. Macam pengumpul tegar pulak. Biasa-biasa je. eheh 😛

Oktober 2017 Bandai telah keluarkan permainan video untuk telefon pintar pula iaitu Digimon Links. Haa..saya terus download dan main sampai sekarang.

Cukuplah chit-chat itu ini.

Disini saya nak kongsikan cara main Digimon Links, apa yang best dan tak best. Boleh main ke tak boleh main. Seronok ke tak.

Okay.

Yang seronoknya;

  • Boleh kenal lebih banyak Digimon
  • Aktif dengan acara (event) harian dan mingguan
  • Boleh battle secara online dengan kawan
  • Ada auto-battle untuk naik level

Yang tak seronoknya;

  • Jalan cerita yang lemah
  • Loading lama sangat

Kawan-kawan yang pernah main ada yang kata lambat, boring, dan tak best. Kata nak dapatkan Digimon yang kuat lama sangat.

hmmm…Terpulang dan hak masing-masing sebenarnya.

Saya main sebab nak kenal Digimon je. Tak kisah lambat power ke tak.

Bukan game Digimon Links je saya main dalam telefon pintar. Clash of Clans pun saya main juga. huhuhu

Bagi korang yang minat Digimon dan nak cuba main. Digimon Links boleh didapati secara percuma di Google Play dan App Store.

Update: Kalau malas main tapi nak kenal Digimon. Tonton je siri animasi Digimon. Atau baca manga nya. huhu

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *