Salam semua,

Sebagai seorang pengembara sambilan juga merangkap penulis blog, saya suka share info dan pengalaman saya selama 10 hari dan 10 malam di Jepun pada musim panas yang lalu. Lebih-lebih lagi pasal bajet makan di sini. Backpackers atau travellers nih selalunya tak kisah sangat pasal makanan dan tempat penginapan asalkan dapat merasa pengalaman hidup di negara Jepun ni.

Saya boleh anggarkan serendah 100 ringgit(3,200 yen) untuk belanja makan selama satu minggu kat Jepun. Kalau bajet korang lebih daripada 10,000 yen(dalam 300 ringgit) tu korang boleh siap beli souvenir termasuklah tambang train korang untuk bersiar-siar.

Vending Machine

Mula-mula korang akan biasakan diri dengan vending machine yang ada di merata-rata tempat sampai korang tak perlu risau kalau korang tetiba dahaga tengah jalan. Pasti bersepah duit syiling 100yen(3-4ringgit) dalam poket korang tu nanti (paling kurang pun 1 yen yang ringan macam plastik tu).

Bukan setakat minuman je, makanan, mainan, komik (manga), ais krim malah kalau korang bernasib baik korang akan jumpa vending machine jual handphone second-hand (takleh pakai sebab bahasa jepun). Ni lah salah satu kelebihan negara maju macam Jepun dan tak kira lah kat mana pun pastikan korang minum air cukup-cukup bila berjalan tengah panas(puasa lain cerita) maklumlah trip saya kali ni pada musim panas. Hmmm

Nasi Kepal atau Onigiri

Onigiri adalah antara jenis makanan yang popular kat Jepun. Boleh dapat kat mana-mana convenience store seperti family mart, lawson serta 7eleven dalam seluruh Jepun. Macam sushi balut dengan seaweed tapi selalunya berbentuk segi tiga dan sebesar segenggam tangan. Cukup mengenyangkan.

Untuk yang beragama Islam, tanya orang kat kaunter dan pastikan inti ikan salmon, tuna, plum, udang dan sebagainya. Sebungkus dalam 150 yen(3-4 ringgit) sahaja.

Mudah nak bawak balik makan kat hotel ke kat taman ke. Mana-mana lah.Dengan hanya sebotol air serta 2 bungkus onigiri sahaja sudah cukup mengenyangkan(tambah sebungkus lagi kalau tak kenyang).

Udon beserta Tempura di Hanamaru Udon

Hanamaru Udon ni merupakan cawangan udon yang popular dikalangan pelancong sebab menu dia ada dalam bahasa inggeris. Manakalah udon, soba, ramen dan sebagainya tu adalah jenis mee.

Peringatan, selalunya mee jenis ramen ni ada mengandungi butaniku(pork) maka elakkan makan mee jenis ramen tu.

Haritu, saya ambik satu set udon serta tempura seafood nih berharga dalam 700-900 yen(23-30ringgit). Kalau nak macam-macam lagi korang tambahlah pilihan side dish yg ada. Bila lagi nak try kan.

Fuh. Sangat berbaloi dan mengenyangkan. Licin!

Restoran Muslim

Ada je restoran muslim kat Tokyo tapi kat sesetengah area lah. Restoran makanan mesir ni ada dalam area shibuya, sekitar masjid turkey. Singgah lah restoran makan kari nih kalau korang dah bosan asyik makan onagiri je.

Kesimpulan, rata-rata harga makan kat restoran dalam 600-800yen(18-21ringgit) dan kalau onigiri dalam 100-200yen(3-6ringgit). Terpulang atas korang punya plan dan bajet. Tiap hari makan onigiri pun boleh atau gilir-gilir makan udon pun boleh. Yang penting korang rasa sendiri. 🙂

Terima kasih.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Join the Conversation

6 Comments

  1. Tokyo Camii @ masjid tokyo bersenibina turkey dekat yoyogi uehara. Area perumahan nobita haha. Jalan kaki sket sampai restoren mesir tu. Makanan kurang hajar sedap! Nyumm..

  2. Thanks for the info. tapi kalau sekarang duit Malaysia kira dalam Rm120 untuk belanja makan seminggu. currency kita jatuh

    1. hmmm tu la. kita kena standby duit lebih sbb currency kita agak rendah untuk berbelanja di luar negara. jangan risau sangat sebenarnya. sebab kalau kat KL makan 20 ringgit sehari darab dgn 7 hari lebih kurang 140 ringgit belanja makan seminggu. 😛

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *