Salam dan hai semua. Keadaan cuaca panas sekarang tak tahu akan berlarutan sampai bila. Harap korang semua tabah dan minum air secukupnya. Bertabahlah.

Jadi, keadaan cuaca sekarang tak patut aku jadikan sebagai alasan untuk aku update isi kandungan dalam blog ini dengan lebih kerap.

Sasaran serta Penyingkiran Ruangan Tutorial

Aku tak pasti sama ada aku patut dedahkan atau tidak akan data pengunjung yang singgah ke dalam blog ini. Tapi blog ini adalah umum serta terbuka untuk sesiapa pun namun mengikut data yang diberi kebanyakannya hanya berminat dengan pengalaman travel dalam dan luar negara. Ini adalah antara sebab aku singkirkan ruangan tutorial buat masa sekarang.

Satu lagi sebab adalah untuk penyediaan isi kandungan yang lebih berpandu. Juga kerana aku tak cukup tenaga nak update blog nih dengan lebih kerap.

Kalau korang pernah kendalikan sebuah blog/website korang akan biasa dengan data pengunjung yang disediakan lalu membantu kita dalam penyediaan isi kandungan yang ada target (sesuai untuk tujuan pemasaran).

Susunan Kategori

Kalau boleh aku nak mudahkan korang untuk belek isi kandungan yang sedia ada dan dalam pada masa yang sama aku ada panduan untuk update blog nih dengan lebih kerap selain buat video dan grafik. Begitulah harapnya.

Apa-apa pun, aku harap semuanya berguna dan terhibur dengan segala isi kandungan yang aku dah sediakan. 🙂

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *