Cerita Dari Dalam

Petang raya aidil fitri aritu ada orang datang beraya kat rumah. Junior perempuan waktu belajar kat kolej dulu. Nama dia Jane dan dia ada bawak sorang member cun. Member dia yang cun nama Wani. Kira teman berdua lah datang beraya rumah parent aku.

Tapi ntah kenapa. Aku gelisah mula-mula lagi tengok dia masuk parking depan rumah.

Kebetulan pakcik aku pun datang jenguk nenek aku. Kira ramailah yang menyaksikan kejadian nih.

Adakah pakcik aku ingat Wani tu girlpren aku?

Adakah mak ayah aku ingat aku bawak menantu?

Dah ade boypren ke tidak Wani nih?

Wani suka tak kat aku?

hmmm..

wani-jane

Macam-macam lah persoalan dalam kepala otak aku timbul. Tapi yang paling penting adalah cover aku punye gelisah. Control pernafasan sekaligus dapat cover peluh aku.

“Selamat hari raya.” aku cuba menegur.

“Selamat hari raya, abe.” Jane yang pertama tegur aku.

“Selamat hari raya.” Wani menyambung.

Nenek aku duduk sekali seakan beriya nak kenal Wani. Walaupun ada sedetik dua waktu tak tahu nak cakap apa.

Dah puas nenek aku ‘interview’, dia jemput Jane serta Wani makan apa yang terhidang kat atas meja.

Aku gelisah sambil tuang air oren setiap gelas. Aku dapat rasa betapa janggalnya tingkah laku aku sepanjang mereka ada. Lebih-lebih lagi waktu parent aku ‘interview’ Wani serta Jane.

Lebih kurang 45 minit masa berlalu. Nak dekat maghrib. Wani minta diri sambil mengajak Jane.

Aku tarik nafas panjang teman diorang sampai depan muka pintu. Sekali lagi diorang minta diri sopan santun. Memang gaya calon menantu yang baik.

“Takde duit raya ke nih?” Wani bergurau (atau tidak).

“Kan dah besar dah kerja.” sahut aku sambil tersengeh seperti kerang.

Epic fail.

Beransur-ansur kenderaan mereka beredar lalu menghilang.

Apa tunggu lagi.

Aku segera bergegas berlari ke tandas.

Perut aku memulas-mulas dari awal Wani sampai rumah tadi. Akibat keracunan makanan. Gelisah tak selesa aku tahan sakit. Mungkin time raya aku main bedal semua makanan. Sate, nasi dagang, rendang, kek, nasi arab. Ye lah. Kan raya. Makan je lah.

Kesimpulan serta pengajaran, periksa dulu makanan. Pastikan tidak basi serta bersih.

Hu. hu.. hu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *