Laos

Pengalaman 1 Hari 2 Malam di Perkampungan Banthamtai, Laos

Terima kasih kepada sahabat aku, Muaz kerana bawak aku jalan ke kampung wife dia, Maryam kat Banthamtai. Kalau tak, ternganga lah aku travel kat ibu negara Laos seorang diri. Aku bukannya backpackers sejati macam korang yang bawak beg besar-besar siap khemah. huhu

jadual-terminal-bas

Kampung wife Muaz terletak di Banthamtai dan jauh daripada ibu negara Laos iaitu Vientiane. Untuk ke perkampungan Banthamtai, mula-mula kiteorang naik bas dari Stesen Bas Talat Sao ke Pekan Kasy mengambil masa selama lebih kurang 5 jam. Kos tambang bas pula 50,000 kip atau lebih kurang 25 ringgit malaysia untuk ke pekan Kasy sahaja.

perjalanan-ke-pekan-kasy

Sebab apa makan masa lama walaupun jarak perjalanan tak jauh mana? Ini disebabkan jalanraya ke pekan Kasy yang berliku-liku macam naik Genting Highland dan tak besar macam highway kat KL.Read More »Pengalaman 1 Hari 2 Malam di Perkampungan Banthamtai, Laos