Kalau korang biasa dengan game Pokemon sebelum ni. Korang akan kenal dengan barang-barang dalam Pokemon Go seperti Poke Ball, Potion, Revive dan lain-lain. Untuk korang yang baru main, aku akan share secara ringkas cara main Pokemon Go serta cara tangkap Pokemon.


Cara Main serta Fungsi Pokemon Go

Bagi korang yang dah lama minat Pokemon. Antara fungsi yang menarik dalam Pokemon Go nih adalah korang kena keluar berjalan atau berbasikal untuk mencari Pokemon. Macam dalam cite Pokemon yang dulu-dulu. Cite pasal Ash mulakan pengembaraannya dalam mengenal dan mengumpul Pokemon yang ada. Lepas tu lawan dengan Team Rocket yang selalu nak curi Pokemon Ash. Tapi dalam Pokemon Go takde lah Team Rocket tu. Dalam Gameboy ada lah. hehe


Lokasi Poke Stop di Monumen Bersejarah

Untuk korang yang baru kenal Pokemon pulak. Bagi aku, Pokemon Go adalah game yang sihat dan sosial yang bagus sebab korang kena keluar rumah dan mula berjalan mencari monumen bersejarah untuk mendapatkan barang-barang di Poke Stop. Sekarang ramai yang suka lepak kedai yang berhampiran dengan lokasi Poke Stop untuk mendapatkan Pokeball dengan percuma.

Kadang-kadang tangki air pun boleh jadi lokasi Poke Stop. Korang akan biasa dengan perkara semua ni kalau korang biasa main Ingress.


Fungsi Gym serta Pilihan Kumpulan Valor, Mystic dan Instinct

Fungsi yang lagi satu adalah fungsi Gym. Korang boleh battle dan train Pokemon korang dengan kawan-kawan sambil menaikan taraf level Gym pilihan kumpulan antara kumpulan Valor, Mystic dan Instinct.


Setakat ini Pokemon Go memperkenal Pokemon Generasi yang pertama. Nantikan update Pokemon Go dari masa ke semasa.

Aku pilih team Valor. Korang pilih team yang mana?

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *