Penerangan secara ringkas cara guna media sosial untuk pendedahan produk atau perniagaan anda dengan promosi berkadar dan berhemah. Lebih-lebih lagi melalui periklanan dalam facebook.
Bab 1 – Promosi Berkadar
- Promote sikit-sikit (paling rendah 3 ringgit)
- Kumpul dan study data
- Perbagaikan iklan
- Ulang langkah pertama
Contohi iklan yang ada emosi, menarik dan kreatif seperti iklan Thailand ada yang sedih dan lucu.
Bab 2 – Aktif dalam Pelbagai Media Sosial
Semakin besar pendedahan dalam media sosial, semakin besar engagement. Sebab tu semakin besar nama syarikat yang dah besar. Sebab tu perlu aktif dan produktif dalam media sosial.
Contoh facebook page dalam negara yang ; Vocket, D’Herbs Online, QuPuteh Bintang Bersama Bintang TV3, Elrah exclusive, PenMerah [dot] com, Catering Kemaman Man’s Catering, Berita AlHijrah dan banyak lagi.
Contoh facebook page berpengaruh luar negara; Nike, McDonald’s, Cristiano Ronaldo, Apple Music, KFC dan lain-lain.
Syarikat besar yang sudah wujud berpuluh tahun sebelum facebook pun ada facebook page offical. Sebab semakin murah telefon dan internet, semakin ramai yang online. Semakin ramai online, semakin perlu mencuba pasaran online.
Jadi, amat penting untuk terus aktif update facebook page, youtube, twitter, snapchat, instagram, website, blog dan sebagai. Sekurangnya 3 kali sehari. Untuk orang ingat kat kita.
Kalau takde masa nak aktif semua. Pilih salah satu media dan cuba konsisten.
Bab 3 – Data Hujung Jari ☝️
Secara ringkasnya, apabila akaun instagram anda upgrade kepada akaun bisnes akan dapat kelebihan untuk mengenal pasaran dengan lebih terperinci. Data semua tu free of charge.☝️
Antara 5 kelebihan akaun instagram yang dah upgrade ialah:
- Bilangan pengunjung yang melihat profile instagram kita
- Bilangan click ke website kita
- Mengenal lokasi pengunjung
- Bilangan hari yang aktif
- Peratus jantina serta lingkungan usia
Ini gambar contoh;
Kat mana nak tengok? ☝️
- Kat profile instagram masing-masing. Korang boleh tengok semua tu kat sebelah butang options tapi kena upgrade dulu lah.
Omputih cakap insights.
Untuk apa?
- Untuk mengenal lebih lanjut pasaran anda. Tua dan muda. Luar negeri dan dalam negeri. Hari minggu atau hari bekerja. Manfaatkan data itu untuk kembangkan perusahaan anda.
Sebenarnya dalam facebook page pun boleh tengok. Apatah lagi dalam website dan blog.
Free ke bayar?
- Free
Boleh buat sendiri?
- Boleh. Korang boleh buat sendiri.
Akhir sekali, sabar. Kerana tiada jalan singkat untuk berjaya .
#semogaberguna #selamatmajujaya