Hi semua,

Ini adalah entri untuk anda ketahui cara cerahkan dan sunting(edit) foto makanan secantiknya dengan menggunakan peranti iPhone.

Sangat digalakkan dan bagus bagi tujuan periklanan dan pemasaran supaya dapat menarik minat dan perhatian sasaran anda. Jika sekadar hobi dan minat sahaja sudah cukup guna aplikasi Instagram dengan suntingan yang ringkas.

Tak kiralah iPhone X ke, iPhone 8 ke, iPhone 7 ke, iPhone 6 ke, iPhone 5s ke. Kerana caranya adalah lebih kurang sama sahaja. Dimana saya sudah lakukannya sejak menggunakan iPhone 3G. ya. iPhone 3G. Hanya berbekalkan aplikasi SnapSeed, VSCO dan Instagram.

Ini beberapa kunci utama saya ketika menyunting foto makanan.

  • Brightness dan Ambiance untuk SnapSeed
  • Kawal Filter dalam VSCO
  • Finish dalam Instagram

Terlebih dahulu saya ingin jelaskan secara ringkas tentang fungsi aplikasi SnapSeed, VSCO dan Instagram yang membantu saya dalam mencantikkan gambar-gambar makanan saya.

Kenali Fungsi Utama Aplikasi

Aplikasi SnapSeed saya gunakan untuk terangkan warna dan cerahkan foto yang suram. Kan tidak nampak enak kalau warna suram.

Aplikasi VSCO pula saya guna untuk dapatkan warna foto yang seimbang dan dramatik. Saya gelarkan ‘efek profesional’. 😛

Manakala aplikasi Instagram saya gunakan untuk suntingan ringkas. Kerana saya tidak mahu makanan saya bertukar basi akibat terlalu lama edit fotonya terlalu lama.

Sepertinya kerja yang merumitkan bukan?

Tidak. Sebenarnya bergantung atas foto anda. Boleh jadi senang dan cepat kalau guna aplikasi Instagram sahaja. Tapi fotonya harus bagus. Gitu.

Nota: Nantikan entri terbaru untuk cara tangkap gambar makanan dengan baik.

Serlahkan Foto Anda Seadanya

Warna sangat penting. Ianya berkait rapat dengan perasaan manusia dan cuaca sekeliling. Contohnya, kalau mahu serlah foto itu dalam cuaca yang sejuk. Maka naikkan tona birunya sedikit.

Namun kalau berlebihan akan nampak seperti berada didunia yang lain dan tidak logik sama sekali (bukan larangan). hehe

Pendedahan Cahaya

Untuk tarikan secara umum. Foto itu perlukan pendedahan cahaya yang baik dan ianya boleh dikawal dengan sentuhan mudah. Supaya subjek gambar nampak lebih menarik dan jelas makanan apa yang terhidang.

Hidupkan Warna

Foto anda boleh kelihatan hidup dengan warna yang jelas. Seperti warna sayur yang hijau. Isi durian yang kuning. Buah strawberi yang merah. Begitulah hukum alam.

Terkadang akan nampak lebih menarik jika warna alam itu tadi diubah atas tujuan kesenian.

Bukan sebagai penipuan untuk menjadi berita tular yang merosakkan.

Apa-apa pun. Selamat beramal. Kerana apa gunanya ilmu kalau tidak beramal. Kecuali menyampaikan kepada orang lain.

Cara saya edit gambar guna iPhone mungkin berbeza dengan cara anda. Kongsikan cara anda edit gambar pada ruangan komen dibawah. Atau korang tak edit langsung?

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *