Salam semua,

Trailer filem Batman V Superman kali nih boleh nampak sikit macam mana watak dalam filem tu berkait serta tambahan watak Lex Luthor serta Wonder Woman.

Sebelum tu, korang tengok dulu trailer terbaru filem Batman V Superman nih.

Penjahat Joker kacau Batman lagi

Kalau korang perasan dalam trailer tu ada tunjuk baju Robin kena conteng oleh Joker (updated: baju Robin bukan baju Batman). Tapi aku jangka watak Joker ni selit sikit-sikit je. Sebab nak fokus pasal pertelingkahan antara Batman dengan Superman nih.

Bagi aku, siapa yang dah tengok dan ingat filem Man of Steel boleh kait dengan filem Batman V Superman nih pasal kemusnahan yang melanda bandar Gotham akibat kemunculan General Zod serta konco-konconya. Secara tak langsung bandar Bruce Wayne dilanda kehancuran.

Apa lagi, bengang la Batman dengan Superman. Mana lah tahu Superman ni nanti terpedaya dengan orang jahat lepas tu buat kehancuran lagi.

Tapi kena paham jugak lah penjahat yang lawan Superman ni selalunye luar biasa biasa sikit daripada penjahat lain. Yang mungkin boleh akibatkan kehancuran yang lagi dasyat.

Superman versi Zack Snyder

Kalau nak diikutkan dalam komik asal, dua superhero ni tak pernah bunuh penjahat. Tapi filem Man of Steel, Superman versi Zack Snyder ni bunuh General Zod.

Aku jangka kali nih Zack Snyder tak buat Superman bunuh orang dah. Walaupun Superman pecah pintu kereta Batman dengan selamba untuk hadap Batman depan-depan. Bagi aku, dengan kebijaksaan Batman pasal kelemahan Superman iaitu batu kryptonite maka Superman akan kalah dalam filem Superman V Batman tahun depan.

Apa pendapat korang pulak?

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *