2-3 bulan lepas saya ada mula kongsi video dan gambar mainan Digimon dalam akaun Instagram dan Facebook. Saya pasti ramai yang kenal Digimon itu apa. Kalau tak kenal Digimon itu apa, mungkin anda lebih muda dalam peringkat adik saya yang bongsu atau anda lebih tua dalam peringkat pakcik saya yang sulung.

Pengenalan

Digivice dan V-Pet itu apa?

Keduanya adalah jenis permainan elektronik Digimon. Kemunculan permainan elektronik Digimon yang pertama iaitu V-Pet adalah pada lewat bulan Jun tahun 1997. Kemudian kemunculan Digivice yang pertama pula dalam bulan Julai tahun 1999.

Ada banyak lagi sebenarnya. Cuma saya ada dua jenis itu sahaja. Malah keduanya adalah versi yang lebih baru. V-Pet saya adalah yang terbaru keluaran bulan Januari tahun 2017. Manakalan Digivice saya itu pula adalah keluaran bulan Ogos tahun 2014.

Saiz V-Pet ini lebih kurang sama dengan saiz kamera GoPro. Jadi. Boleh je pakai casing GoPro yang tahan lasak itu untuk simpan V-Pet.

Cara main V-Pet dan Digivice ini akan saya tuliskan didalam entri yang lainnya.

Okay.

Berbalik kepada tajuk entri kali ini iaitu beg dan bekas simpanan Digivice dan V-Pet.

Kenapa perlu ada beg dan bekas simpanan untuk permainan elektronik ini?

1-Bernilai dari segi wang ringgit
2-Bernilai dari segi wang ringgit
3-Bernilai dari segi wang ringgit

Yes. Ianya sungguh bernilai. Kotak asalnya sahaja ada nilai yang tersendiri. Jadi saya simpan kotak asal Digivice dan kotak V-Pet dalam almari kaca ini.

Kalau sudah puas main boleh jual balik. Haruslah jaga dengan baik. Barulah ada orang nak beli.

Beg simpanan Digivice dan V-Pet saya

Memang Digivice boleh sangkut kat pinggang jer sebab ia ada penyangkut. Manakala V-Pet boleh sangkut kat kunci. Tapi jarang sekali saya buat seperti demikian.

Sayang lah kalau calar. Lebih baik saya simpan dalam beg begini. Beg ini pun boleh sangkut kat pinggang. Tapi tak nampak lah V-Pet itu. Huhuhu

Bekas simpanan pula

Satu saja poin kuat untuk ada bekas. Adalah untuk perlindungan daripada budak kecil dan orang tua yang nampak V-Pet dan Digivice ini sebagai mainan elektronik murahan. Sekurangnya bila ada bekas simpanan ini. Dua golongan itu akan nampak macam simpanan harta yang sangat bernilai yang perlu dijaga dengan rapi.

Ini bekas baru dan bekas lama saya simpan Digimon. Bekas baru ada lagi banyak petak untuk simpan Digimon. Bekas baru saya dapat percuma daripada member group Digimon. Huhuhu

Nanti lepak boleh la tengok dan kongsi koleksi yang ada dalam bekas ini. Tapi dua ketul je lah saya ada. Target hujung tahun nih nak tambah satu ketul lagi. Yes. Satu jer. Tak mampu banyak-banyak. Tengah pikir lagi. Antara Pendulum atau tambah V-Pet satu lagi.

Jumpa lagi.

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *