Ya. Saya masih lagi main Pokemon Go. Cuma tak rajin seperti tahun lepas. Maksud saya, rajin dalam tangkap Pokemon, pertahan gim, kumpul Ultra ball, anjur Lure Module dan kumpul Stardust untuk tingkatkan CP Pokemon. Kerana saya sudah ‘tangkap’ isteri saya. cia cia cia..

Tapi betul lah tu. Oleh kerana isteri saya bukan warganegara Malaysia dan baru peluk agama Islam jadi banyak masa saya perlu urus dan diberi perhatian. Maka dalam tempoh itu saya tak sempat main Pokemon Go sepenuhnya. Main gitu-gitu je. Sekadar kumpul Stardust dan Poke Ball.

Setelah beberapa bulan, saya sudah boleh kembali aktif Pokemon Go. Tapi Pokemon Go ada masalah GPS dalam telefon saya. Adakah telefon saya je macam tu? atau Pokemon Go memang bermasalah?

Sejak Pokemon Go dilancarkan dalam bulan Julai tahun lepas Syarikat Niantic telah buat banyak kemas kini dan penambahbaikan. Antara update yang saya suka adalah penambahan Pokemon generasi kedua, penambahan fungsi gim dan pengenalan fungsi Raid (serbuan) untuk tangkap Pokemon yang mempunyai CP lebih tinggi daripada biasa. Kerana makin tinggi CP Pokemon maka makin kuat Pokemon anda.

Boleh tengok fungsi baru itu dalam video ini;

Fungsi Raid itu lah yang paling buat saya teruja untuk rajinkan diri main Pokemon Go. Saya bayangkan dapat tangkap Pokemon lagenda atau Pokemon yang CP tinggi untuk mempertahankan gim kumpulan saya iaitu kumpulan Valor. Kemudian boleh lah saya mengumpul coin tiap hari lalu beli Lure Module untuk dianjurkan sekitar tempat saya iaitu Kota Bharu, Kelantan. Hah!

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *