Dari kecil aku biasa merantau. Hidup nomad. Ikut mama dan abah. Saya teringat kami selalu pindah dari satu negeri ke satu negeri. Dari Kelantan hingga Sarawak. Dari ladang kelapa sawit hingga ke bandar.

Tiap tempat tu ada cerita masing-masing. Ada susah, ada senang. Aku harap aku tak lupa sampai bila-bila. Sungguh. Banyak sangat kenangan dan manusia aku pernah jumpa.

Hidup Nomad

Seingat aku. Hampir 10 buah sekolah pernah didaftarkan dan hadir. Dari darjah satu hingga tingkatan lima. Paling sekejap aku tahan 2 hari sekolah lepas tu pindah. Itu cerita lain. Itu cerita 15 tahun yang lepas. Cukup 10 orang kongsi entri ini akan aku akan cerita lebih mendalam. Hahaha aku gurau je. Aku gurau je.

Begitulah kot cara orang hidup nomad.

Sekarang. Dalam 2 minggu lepas, aku serahkan surat berhenti kerja kepada kakak HR dalam syarikat yang aku kerja sekarang di Cyberjaya dan hari terakhir aku kat pejabat ini adalah 14 mei 2019. Jadi aku ada di Cyberjaya lebih kurang dalam 2 minggu lagi. Kemudian aku akan ke Bangkok, Thailand ! 😀

Bangkok

Kakak HR terkejut. “Ada masalah dalam office ke?”. Dia tanya. “Ada dapat better offer ke?”. Dia tanya lagi. Aku jawab. “Takdelah. Saya nak pindah Bangkok dan nak buat kerja sendiri.”

Genap setahun aku kerja kat Cyberjaya. Dalam tempoh itu juga aku buat kerja atas talian seperti penulisan iklan, pemasaran digital, video, gif, ejen pelancongan, animasi 2D dan pembangunan laman sesawang.

Aku nak dan aku boleh beri lebih lagi sebab itu aku tekad untuk berhenti kerja. Kebanyakkan kerja aku boleh buat kat mana-mana. Asalkan ada internet yang laju.

Bangkok adalah bandar pertama pilihan aku sebab aku suka Thailand. Banyak makanan sedap-sedap. Kedai halal senang cari. Isteri aku boleh cakap thai. Aku pun boleh tapi paling asaslah. Tempat menarik yang cantik-cantik.

Kos sara hidup rendah betul ke? Internet laju betul ke? Nanti aku tulis lagi.

Sebelum itu. Ada kawan dari Vietnam nak datang Malaysia. Dia nak jalan-jalan dalam Malaysia. Lepas itu aku akan ke Bangkok dari Malaysia dengan keretapi buat kali pertama.

Selepas Bangkok mungkin akan ke Ho Chi Minh.

Begitulah perancangannya. Semoga dipermudahkan semua. Amin

Aku akan tulis lagi. Juga akan buat video kat sana nanti. Tinggal kat area mana, buat apa kat Bangkok, makan apa, kat mana tempat menarik dan lain-lain.

Sangat-sangat teruja untuk kenal tempat baru.

Doakan aku dan selalu berhubung. Kalau kau orang ada apa-apa. WhatsApp, DM, FB, mesej, call atau kat mana-mana saja. Okay. Terima kasih. Jumpa lagi !

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *