Hai korang,

Untuk sesiapa yang minat makan pizza atau ingin cuba pizza baru. Boleh mari singgah ke restoren Vivo American Pizza & Panini dalam Aeon Mall Kota Bharu.

Lepas itu:

Saya cadangkan korang order Warm Apple Pizza. Yang ada ais krim atas pizza tu (harus cuba!).

Rasanya sungguh sedap dan boleh rasa buah epal yang segar (sebab sejuk atas ais krim kot) dan manis. Langsung tak muak macam pizza yang lain.

Warm Apple Pizza tu ada dua kemanisan. Satu manis ais krim dan satu lagi manis epal. Caramel tak rasa sangat walaupun ada. Sungguh mengiurkan…

Kalau takde boleh tunjuk gambar diatas kat mana-mana staff Vivo American Pizza & Panini. Atau mungkin habis stok? eh?

Setakat ini:

Keraguan saya terjawab dan saya kompem akan repeat order Warm Apple Pizza tu. Inilah ‘wow factor’ yang saya nantikan. Terima kasih Vivo Pizza. 😀

Manakala darling saya ni tak berapa minat benda manis. Dia jadi takut nak cuba apabila saya terangkan betapa manisnya Warm Apple Pizza nih.

Oleh itu…

Saya ada beberapa lagi hidangan yang saya dan girlfriend saya cuba di restoren Pizza Vivo dalam Aeon Kota Bharu ini.

Seafood Spaghetti Aglio Olio

Yang dinanti-nantikan oleh isteri saya. Ada pedas, udang, kupang, salmon dan bawang putih. Semua ini adalah kegemaran dia.

Seafood dan pasta. Dua kombinasi ini menjadi lengkap dengan kepedasan lada merah yang menyengat!

“Sedap. Aisyah suko.”

Gitu lah komen dia dengan pelat Kelantan. “Aroi mak” bisik Aisyah dalam bahasa Thailand. Kerana dia tahu saya faham basic bahasa Thailand.

Untuk hidangan pasta yang mengenyangkan ini. Kami berdua suka dan kompem akan repeat order.

Nota:

Siapa suka pedas boleh cuba. Siapa tak suka pedas sila sediakan tisu.

Vivo American Pizza & Panini

Apa itu Panini?

Mula-mula saya agak Panini ini adalah nama air. Rupanya Panini ini dalam bahasa Itali adalah untuk sandwich panjang yang macam Subway tu.

Apa pun…

Saya rasa Panini di Vivo ini sungguh ranggup dengan kesegaran salad dan kepingan daging ayam yang empuk. Termasuk fries. Nyum!

Ada 3 pilihan roti untuk Panini iaitu Parmesan Oregano, Oatmeal dan Italian. Masing-masing ada rasa yang tersendiri dimana korang patut cuba satu per satu.

Oriental Baked Rice

Atau nasi panggang dalam bahasa melayu.

Rasanya cukup pedas dan oleh kerana Oriental Baked Rice ini mengandungi mozzarella cheese maka ia sedap dimakan ketika panas-panas. Nyum!

Nota lagi:

Kalau makan cepat-cepat tak muak. Makan perlahan-lahan boleh mengundang muak akibat terlampau banyak cheese dan nasi.

Ntah. Citarasa masing-masing.

Mungkin ada yang suka sangat sampai takkan rasa muak bila makan cheese..mungkin.

Manisan atau Pencuci Mulut

Atau orang putih cakap “desserts”.

Dan oleh kerana Aisyah tak minat coklat. Jadi terpaksalah saya habiskan Volcanic Chocolate with Ice Cream ini! Adeh…

Dua kali manis bro. Satu manis coklat. Satu lagi manis atas ice cream yang macam ada kuah karamel dan coklat.

Marosss…

Kemanisan dia boleh kena potong kaki kalau makan hari-hari.

Pinggan dia pun unik. Lain dari yang lain. Boleh bagi markah kreativiti kat situ. Tahniah Vivo American Pizza & Panini. 😛

Promosi Vivo Pizza

Persoalan saya selepas makan. Iaitu promosi Vivo Pizza. Sebab ada terfikir nak makan sini hari-hari.

Dan kalau makan luar hari-hari confirm saya tak sempat nak menabung untuk travel atau cd game.

Saya tanya kepada staff Vivo Pizza.

Macam mana dengan promosi? Ada ke?

Maka salah seorang staff Vivo Pizza pun jawab. “Kami hari-hari ada promosi”.

Promosi hujung minggu.

Promosi ‘desserts’.

Promosi sup dan minuman percuma.

Promosi hari biasa.

Promosi ‘couple’.

So saya akan datang lagi ke Vivo Pizza nih untuk mencuba promosi sup dan minuman percuma itu.

Ye la. Siapa je tak suka makanan percuma kan. Lebih-lebih lagi makan kat Vivo American Pizza & Panini. Huhuhu

Rekaan Dalaman Vivo Pizza

Tempat comel dan romantik. Gitulah komen Aisyah bila jejak masuk ke restoren Vivo American Pizza & Panini.

Bersama staff Vivo Pizza Aeon Mall Kota Bharu yang peramah dan mesra, kami berdua terasa sangat dialu-alukan.

Dengan rekaan dalaman restoren yang kelihatan eksklusif serta lighting yang tertumpu pada meja sudah cukup untuk impress isteri saya pada ulang bulan yang ke 8 bulan pernikahan kami.

Korang juga boleh cuba. 🙂

Dan untuk makluman korang semua…

Restoren Vivo American Pizza & Panini ini hanya ada satu sahaja dalam pantai timur.

Iaitu di dalam Aeon Mall Kota Bharu, Kelantan sahaja (buat masa sekarang).

Jadi tak hairanlah kalau ada kenderaan bernombor plat Thailand atau Terengganu di ruangan parking Aeon Mall Kota Bharu. Terutamanya pada hujung minggu.

Penutup:

Hari ini saya banyak tangkap gambar. Makanan pun jadi sejuk sikit. Jadi saya akan datang lagi untuk menikmati pizza yang keluar terus dari oven. Sebab saya suka tengok cheese meleleh terkeluar dari kerak pizza. Nyum! Nyum!

Rating Fariz & Aisyah:

Taste: 9/10

Price: 8/10

Outlook: 10/10

Overall: 9/10

Order lagi?

Yes!

Apa yang best?

Saya suka Warm Apple Pizza, Spaghetti Seafood yang pedas dan Oriental Baked Rice. Top 3. Huhu

Kalau korang sudah cuba, boleh tinggalkan komen di bawah pengalaman korang tentang restoren Vivo Pizza ini.

Jumpa lagi dalam entri seterusnya dan terima kasih kerana membaca. 🙂

Info Restoren Vivo American Pizza & Panini

Lokasi: Aeon Mall Kota Bharu Kelantan

Waktu Operasi: 10 Pagi – 10 Malam

Website: www.vivopizza.com

Fariz Izhan

Blog since 2010.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *