8 Gambar Cafe yang Bertemakan Motor Klasik

8 Gambar Cafe yang Bertemakan Motor Klasik

Berderet motor Harley Davidson, Yamaha SR400, Vespa dan seumpamanya parking luar cafe abahandsons. Cafe ni bertapak dalam Kuala Lumpur sekitar sungai besi kat jalan tasik utama 7. (orang sekitar situ mesti kenal)

Vespa buatan negara Itali memenuhi ruang cafe abahandsons serta kelihatan seperti sebuah pameran skuter yang unik.

Barisan skuter yang sangat rare

Yang bukan penggemar motor boleh nikmati coffee yang berkualiti sambil perhatikan design dalaman yang padat dengan kreativiti termasuklah seni mural yang direka khas oleh penggiat seni tempatan.

Karya seni yang unik dalam cafe

Kalau saya datang lagi, secawan coffee serta sehiris cake coklat sudah cukup buat saya menghayati suasana inovatif  dan kreatif. Syok habis, macam-macam inspirasi dan idea boleh dapat sambil hirup coffee kat cafe abahandsons ni. Serius.

Lagi Gambar

Design dalaman yang terbuka dan santai

Yang tengah tu posing dengan orang penting cafe abahandsons

Karekter gigi banyak hehe

Hasil seni yang mendalam

Sebut je kat mana-mana penggemar motor harley davidson pasal kedai kopi abahandsons(abah and sons) pasti ada yang kenal. Kalau ada yang tak kenal, boleh dikenalkan.

member tengah usha vespa rare

sudut mekanik

Bukan nak promote ke ape, cuma cafe abahandsons patut diberi perhatian atas usaha uniknya ini.

DCIM101GOPRO

Kalau ada cafe baru yang lagi unik daripada cafe abahandsons ni bagitau saya dan saya akan cuba dan ambik gambar-gambar menarik kat cafe tu. Maklumlah saya suka ambik gambar. hehe

Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *