Ho chi minh merupakan salah satu bandar terbesar di Vietnam. Susunan daerahnya yang panas, sibuk, huru – hara dan hampir pelusuk bandar dipenuhi dengan sejumlah motosikal yang sukar untuk dipercayai bagi pengalaman pertama ke Ho Chi Minh. Serius banyak motor. Waktu petang habis waktu kerja akan dengar deretan bunyi hon motosikal sepanjang trafik.
Ho chi minh yang sebelum ini dikenali atau sering dirujuk sebagai Saigon. Sebuah bandar yang mempunyai sejarah yang rumit, meskipun begitu bandar Ho chi minh menawarkan makanan yang sangat lazat dan tidak lupa pelbagai tarikan kebudayaan yang menarik.
Berikut adalah 7 tempat menarik di Ho Chi Minh yang anda mesti lawat:
1. Kafe Cheo Leo
Vietnam mendapat tempat kedua bagi pengeksport terbesar kopi selepas Brazil dan Ho chi minh mempunyai ribuan kedai kopi untuk anda cuba bagi penggemar kopi.
Kopi Vietnam kebiasaanya disediakan bersama susu sejat dan sering diminum bersama ais. Kafe yang tertua di bandar tersebut ialah Kafe Cheo Leo. Kafe tersebut telah beroperasi selama 78 tahun dan sehingga kini masih menggunakan resepi asal dalam pembuatan kopi mereka.
2. Kapal Pelayaran Bonsai
Meskipun sungai Saigon mempunyai masalah pencemaran yang serius namun pelayaran makan malam Bonsai masih merupakan pengalaman yang unik. Anda dapat melihat pemandangan bandar Ho Chi Minh disaat matahari terbenam. Dan tidak lupa anda juga dapat menikmati bufet makanan yang enak dan lazat di atas kapal pelayaran. (tidak termasuk dalam pakej percutian ke Ho Chi Minh)
3. Muzium Tinggalan Perang Vietnam
Muzium Tinggalan Perang menempatkan sejumlah pameran semasa peristiwa Perang Vietnam. Sesetengah kandungan agak menyedihkan. Anda juga boleh menyaksikan beberapa imej dalam serangan NaPalm, mangsa Agen Orange serta butiran terperinci mengenai penjara di Phu Quoc dan Con Son Islands. Lawatilah untuk ketahui lebih lanjut apa yang telah berlaku.
Di luar perkarangan muzium ada kenderaan dan pesawat Perang Amerika Syarikat iaitu termasuk Helikopter UH-1 ‘Huey’ dan A-1 Skyraider.
4. Pasar Ben Thanh
Jika anda ke Ho chi Minh, maka Pasar Ben Thanh adalah merupakan destinasi wajib lawat. Betul rugi kalau tak pergi. Pasar tersebut merupakan pasar utama dan merupakan pasar yang paling popular di Ho Chi Minh. Pasar tersebut menpunyai lebih daripada 3,000 gerai yang kini masih beroperasi.
Ia juga merupakan salah satu bangunan yang tertua di Ho Chi Minh. Pasar tersebut menpunyai segala kelengkapan yang anda ingini seperti makanan laut yang segar, bunga, air kelapa , pakaian malah perabot terpakai yang murah-murah.
5. Spa Lewat Malam di Pham Ngu Lao
Spa – spa di sekitar kawasan Pham Ngu Lao dan kebanyakan dibuka pada waktu malam. Sesetengahnya menawarkan urutan dan rawatan asas pada harga yang amat murah berbanding dalam Malaysia. Rawatan spa ini tidak hanya tertumpu kepada perempuan, lelaki juga digalakkan mencuba rawatan tersebut. Dianggarkan dalam RM40 – 50 sahaja.
6. Delta Mekong
Atau nama gelarannya ‘mangkuk beras’ Vietnam, ialah terusan sungai yang menyambung 5 buah negara seperti Cina, Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar. Sungai ini antara kawasan tersibuk bagi trip percutian ke Ho Chi Minh. Lebih-lebih lagi pada waktu cuti sekolah.
Kira – kira 2 jam perjalanan dari bandar Ho Chi Minh ke Delta Mekong.
Anda akan terpukau dimana pasar, kampung dan sekolahnya yang terapung di atas air.
7. Monumen Thich Quang Doc
Monumen dan taman ini didedikasikan kepada Thinch Quang Doc iaitu merupakan sami yang membakar dirinya sendiri didalam protes pada penganiayaan kepada para sami oleh kerajaan Vietnam pada tahun 1963.
Sedemikian ini merupakan 7 tempat menarik di Ho Chi Minh yang bagi saya wajib lawat.
Jauh pejalanan jauh pemandangan diharapkan artikel ini dapat menarik minat anda untuk memilih Ho Chi Minh sebagai destinasi pilihan yang akan memberi makna dan impak kedalam hidup anda.
Baca pula 6 tempat menarik di Ho Chi Minh untuk dilawati oleh Fariz Izhan.
Sekian terima kasih daripada saya, Ierya. Jumpa lagi dalam entri yang lain. 🙂