Okay ini senarai 7 benda penting yang kena bawa ke pulau perhentian;
1-beg kalis air
Beg kalis air ni penting waktu naik bot serta aktiviti snorkeling. Dalam beg itulah kita simpan cermin mata kita, jam, phone, wallet, kamera dan lain-lain untuk langkah berjaga-jaga bila korang main air nanti.
Korang boleh beli beg kalis air tu kat jeti atau mana-mana tempat yang jual beg kalis air. Berbaloi kepada yang suka travel naik bot, naik motor, kayak, pantai dan macam-macam lagi. Ingatan, sebelum bayar pastikan korang dah testing beg kalis air tu tak bocor atau berlubang.
2-Bekas Phone Berkalis Air
Casing atau cover phone yang kalis air ni adalah favourite saya sebab saya punye ada tali yang boleh sangkut kat leher saya. Mudah bagi saya untuk tangkap gambar ikan serta coral dalam air.
Saya ni jenis suka rekod apa saja kejadian yang menarik jadi saya pastikan phone saya ni ada casing kalis air. heh
3-Powerbank
Walaupun ada member yang selalu bawak powerbank tapi korang kena bawak jugak satu. Manalah tau member punya tiba-tiba rosak atau terlupa nak recharge.
Lepas tu pulak, ada sesetengah tempat penginapan jimat elektrik pada waktu malam mengikut keadaan tertentu. Sebagai contoh, untuk menjimat tenaga elektrik yang terhad di pulau itu atau bekalan elektrik terputus serta rosak.
4-Multiple USB Plug Adapter
Plug yang ada 2-3 USB port untuk kita charge kamera serta phone kita.
Tak jumpa lagi tempat penginapan atau bilik tidur ada sedia lubang USB khas untuk kita charge phone. Selalunya port atau suis untuk plug je. kan..kan..
5-Ubat Nyamuk
Bilik air-cond selalunya takde nyamuk dan sesetengah tempat penginapan ada menyediakan kelambu serta ubat nyamuk. Tapi untuk pengalaman pertama serta terlupa untuk tanya tempat penginapan tu ada sedia atau tidak. Adalah lebih baik kita bawa satu.
Boleh juga guna untuk lepak tepi pantai nanti.
6-Lampu Suluh.
Walaupun phone sekarang semuanya ada flash tapi lampu suluh lagi sesuai untuk hempuk orang jahat beramai-ramai yang cuba mengapa-apakan korang.
Dinasihatkan supaya berjalan ramai-ramai ketika waktu malam.
7-Beg Galas
Untuk simpan pakaian serta 6 benda tersenarai diatas ataupun dapatkan beg kalis air yang boleh galas untuk berjalan ke mana-mana.
kat mana ye nak beli casing kalis air tu? Boleh dalat di jeti juga ke?
casing kalis air tu boleh dapat kat mana-mana kedai aksesori telefon berhampiran tempat tinggal anda..selalunya kedai aksesori dalam shopping mall ada jual..