Setelah anda selesai menjelajah bumi Korea. Terdapat 7 barang wajib shopping di Korea yang wajib dibawa balik ke Malaysia.

Percutian ke Korea merupakan pengalaman terindah kepada setiap individu untuk memperoleh pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keindahan negara dan kebersihan udara disana dapat menarik minat ramai orang untuk menjadikan Korea sebagai lokasi percutian idaman.

Ramyeon (mi segera Korean)

Penduduk Korea sememangnya amat menyukai meggi segera yang dipanggil ‘ramyeon’ ini, ianya ibarat makanan kedua orang korea selepas nasi. Ianya datang didalam pelbagai variasi jenama dan perisa.

Harga ramyeon dikorea ialah ₩ 1,000 bersamaan lebih kurang RM 3.00 ringgit Malaysia sahaja. Oleh itu, sekiranya anda membeli Ramyeon ini di Korea harganya akan 4 kali ganda lebih murah di sana. Ini sangat murah! Shopping sambil borong gitu. huhu

Ginseng

Anda juga boleh cuba membeli makanan kesihatan yang hanya terdapat di Korea, iaitu Ginseng. Orang korea percaya ia dapat meningkatkan stamina dan imunisasi badan.

Terdapat 3 jenis ginseng yang anda boleh dapati di pasar tempatan Korea. Pertama iaitu ginseng yang sememangnya 100% asli, dipanggil ‘susam’. Terdapat juga ginseng yang dikeringkan dipanggil ‘baeksam’.

Dan akhir sekali, ginseng yang telah distim dan dikeringkan, dimana dipanggil ‘hongsam’. Tetapi jika anda tidak biasa dengan ubatan tradisional korea, anda juga boleh cuba membeli produk lain yang berasaskan ginseng juga. Seperti teh ginseng, gula – gula ginseng dan sebagainya.

Produk Hanji

Hanji ialah kertas tradisional korea, yang biasanya dibuat menggunakan kulit pokok mulberi. Kertas ini lebih fleksibel dan tahan lasak berbanding kertas biasa yang kita ada di Malaysia, oleh itu orang korea menggunakan ia untuk membuat produk seperti patung dan sebagainya.

Anda boleh dapatkan di kedai kraftangan istimewa Hanji disekeliling seoul, terutamanya di Daerah Insadong.

Bukan itu sahaja, hadiah berasaskan Hanji ini juga sesuai untuk kanak –kanak kerana ia juga terdapat dalam bentuk permainan anak patung. Anak patung Hanji ini telah dijadikan sebagai salah satu daripada budaya dan sejarah korea.

Produk Kecantikan

Apabila anda melawat Korea, ini adalah barangan yang wajib untuk dibeli. Membeli produk kecantikan korea ini bukanlah idea yang buruk kerana ia telah terbukti berkesan dalam membantu mencerahkan kulit wajah, memperbaiki tona tidak sekata dan sebagainya.

Terdapat sejumlah produk untuk anda pilih, seperti gincu, rangkaian penjagaan wajah, bedak, krim asas, eyeliner, dan banyak lagi. Maka tak peliklah kenapa produk kecantikan korea tersenarai didalam senarai 7 barang wajib shopping di Korea ini.

Tetapi jika anda terlalu bingung dan tidak tahu apa yang harus dipilih, dapatkan BB atau krim CC sahaja. BB dan krim CC merupakan krim asas yang digunakan oleh orang korea. Ia berfungsi sebagai krim utama mereka dan juga sebagai pelindung daripada sinar UV.

Kedai Rasmi Barangan KPOP

Jika anda, keluarga atau kawan yang memang minat kpop atau kdrama. Haruslah kunjungi kedai khas barangan kpop ini di daerah Gangseo-gu dan Yongsan-gu. Barangan yang kebiasaan dibeli oleh peminat k-pop ataupun k-drama ialah album, lampu, kad gambar, baju, poster, casing handphone, kasut, perhiasaan bilik dan banyak lagi.

Dan semestinya harga album yang ditawarkan di Kedai Khas Barangan Kpop ini jauh lebih murah berbanding harga yang di Malaysia, iaitu ₩ 17,000 bersamaan dengan RM62.00 ringgit Malaysia.

Hanbok

Hanbok atau Joseon-ot ialah pakaian tradisional Korean yang dipakaikan untuk majlis formal seperti festival, keraian atau majlis perkahwinan.

Berbeza dengan pakaian tradisional Malaysia iaitu baju kurung dan baju melayu, Hanbok mengenakan dua lapisan kain untuk si pemakainya, ia menpunyai coraknya tersendiri mahupun bunga atau sebagainya.

instagram.com/go.plus

Hanbuk juga terdapat dalam pelbagai jenis warna dan variasi rekaan mengikut kesesuaian pemakai, pakaian ini juga dijual untuk lelaki dan kanak – kanak.

Jika anda berminat untuk menbeli Hanbok, maka Pasar Gwanjang merupakan pilihan yang tepat kerana disana terdapat penborong hanbok yang menjualnya dengan harga lebih murah berbanding di kedai biasa, iaitu ₩ 10,000 bersamaan dengan RM100.00 ringgit Malaysia.

Dojang

(Cop Nama Tradisional Korea)

Akhir sekali, jika anda ingin mencari hadiah yang menpunyai keunikannya sendiri anda patut cuba membeli Dojang atau cop nama tradisional korea. Ianya mula diperkenalkan di Korea pada tahun 1418, dan kini masyarakat tempatan masih menggunakan mereka.

Kebanyakan agensi – agensi kerajaan dan syarikat besar menggunakan mereka kerana pada tahun 2008 jika mana – mana individu menandatangani perjanjian tanpa Dojangs, perjanjian tersebut dikira tidak sah.

Dojang juga terdapat didalam pelbagai reka bentuk dan variasi, anda juga dapat mencipta sendiri reka bentuk dan jenis Dojang yang bersesuaian untuk dibawa pulang. Ya. Boleh reka tulis nama syarikat kita sendiri.

Saya Ierya. Terima kasih kerana membaca entri 7 barang wajib shopping di Korea ini. 🙂

Join the Conversation

1 Comment

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *