Hai. Nama saya Azman Alias. Mahasiswa tahun akhir Perbankan dan kewangan Islam Fakulti Pentadbiran Perniagaan. Jangan ingat saya student bisnes, kena study bisnes je. Minat yang mendalam dalam bidang multimedia membuatkan saya “explore” banyak benda. Lebih-lebih lagi dalam bidang penerbitan video dan rekaan grafik.

Pengalaman pertama kali dilantik memegang jawatan unit multimedia & publisiti dalam program universiti. Bila ada je program berlangsung, saya kena design banner, poster promosi dan edit video untuk video promosi sesebuah program.

Minat punya pasal. Memang tak bosan. Lagipun seronok dapat menimba banyak ilmu dan pengalaman.

Selain tu, kalau ada meeting kelab AGM, saya jugak kena buat video pimpinan sebab nak memperkenalkan exco baru. Fuhh kekadang stress sebab kena buat kerja dengan cepat dalam pelbagai kerja. Kalau saya computer, RAM kena besar, processors kena yang paling latest. haha

Menjadi seorang video editor yang professional bukannya mudah. Perlu berhabis masa, usaha dan tenaga dengan latihan dan kesabaran.

Disini saya sediakan beberapa tips dan teknik asas mahir untuk edit video yang anda perlu tahu. Semoga bermanfaat.  🙂

  1. PILIH APLIKASI ATAUPUN SOFTWARE YANG BETUL

Pada permulaan bagi yang baru nak belajar edit video, dicadangkan menggunakan aplikasi yang boleh didapati dalam smartphone sebelum berpindah kepada komputer/PC.

Tidak susah untuk memilih aplikasi yang betul, bergantung kepada cita rasa dan kesesuian bagi anda yang mana memudahkan untuk menyunting video.

Contoh aplikasi yang membantu: FILMORAGO, IMOVIE, dll. Aplikasi FilmoraGo boleh diinstall dalam peranti android, manakala iMovie boleh diinstall dalam peranti IOS.

  1. PILIH KOMPUTER YANG BETUL

Pemilihan komputer yang betul juga, memberi kelebihan kepada anda untuk membuat suntingan video yang bagus. Setiap orang memiliki pendapat yang berbeza mengenai komputer terbaik untuk edit video, tetapi semuanya bergantung kepada pilihan anda.

Antara tips memilih komputer yang betul untuk edit video adalah: 

  • Memori (RAM)

RAM yang sesuai melancarkan proses anda menyunting video. Minimum RAM dicadangan sekurangnya 4GB RAM, tetapi semakin tinggi RAM hasilnya lebih baik.

  • Video Cards

Video Cards berfungsi sebagai alat penting komputer dalam memberikan kualiti grafik yang baik. Ini sangat penting, terutamanya bagi anda yang betul serius dalam bidang ini. Memiliki Video Cards berkualiti tinggi adalah sesuatu kemestian.

  • Processors

Prosessor boleh dikatakan seperti otak kepada sebuah komputer. Pemilihan processors sebenarnya merupakan langkah pertama yang perlu anda lakukan sebelum memilih RAM atau video cards dan dan lain-lain yang sesuai, jika tidak untuk suntingan video khususnya pada waktu rendering video akan perlahan. 

  1. MAHIR KEYBOARD SHORTCUTS

Biasakan diri anda dengan keyboard shortcuts. Contohnya keyboard shortcuts membantu anda mengganti “tool”, hanya perlu menekan beberapa kombinasi huruf yang ada di keyboard tanpa perlu anda mencari di menu atau “tool pallet”.

Tips untuk cepat belajar keyboard ‘shortcuts’ sebagai permulaan adalah anda ‘print’ siap-siap gambar ‘shortcuts’ dan sedia digunakan untuk rujukan semasa menyunting video.

Boleh dapatkan dekat carian Google dan anda boleh custom keyboard shortcuts mengikuti kesesuaian anda.

  1. TUTORIAL DI YOUTUBE

Manfaatkan masa anda untuk menonton seberapa banyak video tutorial daripada Youtube.

Sekarang ini banyak editor professional ataupun individu-individu mahir yang berkongsi cara-cara dan teknik menyunting video di Youtube. Selain ianya percuma, anda juga dapat menjimatkan wang anda untuk menghadiri kursus-kursus berbayar diluar sana.

Tetapi, jika anda berpeluang menghadiri kursus-kursus tersebut adalah digalakkan. Perlu difahami bahawa, setiap orang mempunyai cara masing-masing.

  1. DOWNLOAD TEMPLATE PERCUMA DI YOUTUBE

Kepada anda yang belum tahu, sebenarnya kita boleh download template intro dan outro yang menarik dan segera percuma di Youtube. Anda hanya perlu download dan hanya tukar text.

Kebiasaan template tersebut, memerlukan software komputer seperti after effect, sony vegas/ vegas pro.Banyak lagi intro percuma anda boleh pilih dan download untuk diletakan didalam video supaya memberikan impak yang menarik kepada penonton anda.

  1. MENGIKUT KEMAMPUAN

Untuk belajar sehingga mahir menyunting sebuah video, cuba anda mencari pengalaman lain seperti servis menyunting video untuk rakan-rakan anda. Selain boleh menimba ilmu, anda bahkan mungkin dapat menjana side income walaupun tidak seberapa.

Tetapi, jangan memikirkan pasal wang terlebih dahulu. Bekerja melainkan untuk belajar.

Jangan malas untuk belajar, jangan berharap balasan, tapi fikirlah bekal ilmu yang mana boleh membawa anda peroleh untuk menghasilkan kerja dan keuntungan.

Kongsikan pada rakan lain, semoga bermanfaat. 🙂

Join the Conversation

6 Comments

  1. Post yang menarik.Tapi saya ingin beri cadangan mengenai apabila suruh pembaca mencari ilmu di google atau youtube ,harap anda boleh beri contoh dari mana awak dapat ilmu tu.Hal ini kerana di google terlalu banyak sumber untuk diterokai sehingga kami pening mana nak cari jawapan yang relevan.Terima kasih

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *