Backpackers nih tak sama dengan holiday biasa sebab backpackers selalunya travel lebih daripada satu tempat dan tempohnya adalah lebih lama daripada percutian biasa. Ramai backpacker bawak satu beg galas yang besar yang muat bermacam jenis bekalan dalam tu.
Kat sini aku nak share 6 ciri backpackers yang mungkin korang tak tahu serta barang yang dia bawak. Backpackers selalunya independent serta sentiasa terap gaya hidup yang paling low cost untuk merantau banyak tempat.
1. Bawa Khemah atau Pilih Hotel Bajet Rendah
Untuk travel lebih lama serta lebih jauh mestilah kos penginapan tu adalah yang paling rendah sekali. Ingat, travel bukan semata untuk dihotel yang mewah je tau.
Para backpackers selalunya travel untuk mendapat pengalaman baru serta permandangan yang istimewa. Teroka tempat baru, kenal orang sekeliling, faham bahasa lain, rasa makanan yang pelbagai, politik, bisnes dan sebagainya. Bukan tidur sedap semata-mata okay.
2. Harga Makanan yang Berpatutan
Makan tak memilih sangat asalkan bersih dan murah berbanding tempat makan yang mewah serta tidak berbaloi. Selalunya backpackers masak nasik sendiri.
Sentiasa pilih makanan yang berkhasiat seperti buah, ikan, sayur dan sebagainya agar bertenaga sepanjang hari. Tidak lupa juga bekalan air minuman harus sentiasa penuh ya.
3. Basuh Sendiri Pakaian sebab Tak Bawa Banyak
Selalunya backpackers bawak pakaian yang mencukupi supaya tak lebih muatan serta manfaat pakaian sepenuhnya. Bawak juga baju sejuk untuk musim sejuk atau kawasan bersalji nanti.
4. Sentiasa Bawa Alat Keselamatan
Standby peti kecemasan, panadol dan sebagainya jika terdapat kesulitan seperti kesukaran untuk pergi ke klinik, hospital dan sebagainya.
Jangan lupa bawa lampu picit untuk waktu malam serta alat penghidup api pada waktu kesejukan. Penting juga tu.
5. Ringan Mulut dan Mesra
Penting nih untuk tanya arah tuju. Backpackers tak suka sesat sebab boleh jadi merugikan masa serta tenaga.
Kalau dah tersesat jugak tu diorang akan jadi lebih berhati-hati supaya tidak sesat lagi.
6. Berfikiran Optimis dan Positif
Bersemangat dan jangan menyerah kalah untuk selesaikan sesuatu masalah. Benda diorang selalu dapat bila berhadapan dengan cuaca yang tidak menentu serta sebarang kesulitan dalam sepanjang perjalanan ini. Sekaligus mengajar untuk bersabar. Selamat berbackpacking. 🙂